Ibrahim Mohamad (2020) Amalan kepimpinan transformasi pengetua komitmen terhadap organisasi sekolah dan efikasi kendiri guru serta hubungannya dengan kepuasan kerja guru di sekolah menengah di Pedalaman Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (265kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Fokus utama kajian ini ialah untuk mengenal pasti hubungan amalan kepimpinan transformasi pengetua, komitmen terhadap organisasi sekolah dan efikasi kendiri guru terhadap kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru sekolah menengah pedalaman negeri Sabah. Seramai 397 orang guru di pilih sebagai sampel kajian di 26 buah sekolah menengah yang terdapat di empat Pejabat Pendidikan Daerah pedalaman negeri Sabah. Pemilihan sampel dibuat secara rawak berstrata. Data diperoleh dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan program SPSS Versi 22.0. Empat instrumen yang digunakan dalam kajian ini telah diuji melalui kajian rintis iaitu Multifactor Leadership Questionnaire' (MLQ) dengan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha= 0.92, Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) dengan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha = 0.77, ‘Teacher Efficacy Scale' (TES) dengan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha = 0.62 dan 'Minnesota Satisfaction Questionnaire' (MSQ) dengan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha = 0.68. Keputusan pengujian hipotesis kajian menggunakan korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan antara amalan kepimpinan transformasi pengetua dengan kepuasan kerja guru (r =0.149, < 0.05), komitmen terhadap organisasi sekolah dengan kepuasan kerja guru (r =0.390, < 0.05), efikasi kendiri guru dengan kepuasan kerja guru (r =0.308, < 0.05). Keputusan pengujian hipotesis kajian menggunakan korelasi pearson juga mendapati wujud hubungan positif amalan kepimpinan transformasi pengetua, komitmen organisasi sekolah dan efikasi kendiri guru terhadap kepuasan kerja guru. Manakala keputusan regresi berganda (stepwise), mendapati wujud pengaruh amalan kepimpinan transformasi pengetua, komitmen terhadap organisasi sekolah dan efikasi kendiri guru terhadap kepuasan kerja guru. Ketiga-tiga pemboleh ubah ini, iaitu amalan kepimpinan transformasi pengetua, komitmen terhadap organisasi sekolah dan efikasi kendiri guru saling berkait untuk mempengaruhi kepuasan bekerja guru. Oleh itu, adalah diharapkan penambahbaikan pentadbiran sekolah hendaklah mengambil kira aspek yang dikaji diberi perhatian oleh pihak pengurusan sekolah untuk kepuasan kerja guru, khususnya guru-guru di pedalaman Sabah.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Kepimpinan, Pengetua, Kepuasan kerja guru, Sekolah menengah pedalaman |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 10 Dec 2024 11:10 |
Last Modified: | 10 Dec 2024 11:10 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/41912 |
Actions (login required)
View Item |