Pengambilan diet dan bank data untuk nutrien bagi makanan tradisional di kalangan etnik Dusun Ranau

Alvez Manual (2009) Pengambilan diet dan bank data untuk nutrien bagi makanan tradisional di kalangan etnik Dusun Ranau. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000584.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu untuk; (1) mengetahui status pengambilan diet di kalangan etnik Dusun Ranau; (2) mengkaji hubungan antara sosioekonomi dan pengetahuan mengenai nutrisi dengan pengambilan diet dan status nutrisi etnik Dusun Ranau serta; (3) mengkaji perbandingan nilai komposisi nutrien bagi makanan tradisional terpilih yang dimakan oleh etnik Dusun Ranau dari penyetaraan menggunakan Jadual Komposisi Makanan Bagi Malaysia dan analisis di dalam makmal. Sebanyak 53 orang responden (perempuan=41; lelaki=12) yang terlibat dalam kajian ini yang merupakan golongan dewasa berumur di antara 20 hingga 76 tahun serta memenuhi kriteria inklusif dan ekslusif yang ditetapkan. Borang soal selidik yang digunakan meliputi Ingatan Semula 24 Jam, adaptasi dan modifikasi soal selidik mengenai pengetahuan nutrisi dari Parmenter & Wardel (1999), instrument ketidaksejahteraan dan kebuluran makanan Radimer/Comell. Manakala bagi analisis proksimat pula Penganalisis Foss (Foss Analyzer) digunakan bagi analisis protein dan lemak; kaedah enzimatik dan gravimetrik bagi serat; dan kaedah pengeringan bagi abu. Untuk nilai mineral, data dari kajian terdahulu oleh Hashimi (2002) menggunakan AAS dirujuk. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 12.0. Analisis data yang terlibat ialah statistik deskriptif, nisbah peristiwa dan satu hala analisis varian. Secara amnya min peratusan pengambilan tenaga, protein, kalsium, thiamin, riboflavin, niacin dan vitamin C berbanding dengan RNI adalah 63.0%, 131.3%, 27.5%, 46.8%, 66.6%, 95.6% dan 72.5% masing-masing. Peratusan responden yang mencapai 100% keperluan RNI dalam pengambilan ialah; 5.66%, 64.15%, 11.32%, 35.85%, dan 7.55% untuk tenaga, protein, riboflavin, niacin and vitamin C masing-masing. Walaubagaimanapun, tiada seorangpun yang mencapai 100% keperluan untuk pengambilan kalsium dan thiamin. Klasifikasi ketidaksejahteraan makanan dan status pengetahuan nutrisi mempengaruhi pengambilan diet tetapi tidak terdapat perbezaan signifikan (p > 0.05) dalam pengambilan tenaga dan nutrien di antara em pat klaslfikasi ketidaksejahteraan makanan dan tiga kategori tertii pengetahuan nutrisi. Daripada perbandingan nilai proksimat (protein, lemak, fiber dan abu) serta mineral (kalsium, ferum, natrium and kalium) daripada jadual komposisi makanan bagi Malaysia dan analisis makmal, didapati bahawa terdapat perbezaan nital yang ketara iaitu penganggaran bertebihan bagi protein dan natrium dari jadual komposisi makanan kepada nitai dari analisis makmal tetapi berkurangan bagi nilai lemak, fiber, abu dan kalium.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Food Nutrition, Dietary intakes, Traditional foods of Dusun Ranau ethnics, Nutrient databank
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 08 Jun 2012 15:28
Last Modified: 23 Oct 2017 11:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4211

Actions (login required)

View Item View Item