Farah Nabila Nordin (2018) Aplikasi bahan alam dalam menghasilkan gerlis ke atas permukaan seramik. Post-Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (528kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (11MB) |
Abstract
Hampir 3.2 juta tan silika dibuang begitu sahaja. Buangan kayu pula yang dilupuskan setiap tahun tanpa dimanfaatkan menyebabkan pembaziran yang besar bagi industri lain. Tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti, mendokumentasikan bahan-bahan alam serta proses yang digunakan untuk menghasilkan gerlis dan menganalisis data berdasarkan kandungan nisbah, warna, tekstur dan kesan istimewa yang terhasil pada sampel kajian. Pengkaji menggunakan kaedah kualitatif di mana data primer diperolehi melalui temu bual, pemerhatian dan kajian lapangan. Data sekunder diperoleh melalui bahan bercetak yang diperoleh dari rujukan perpustakaan, jurnal, surat khabar dan majalah. Kaedah uji kaji bengkel dijalankan di bengkel seramik dan kajian ini menggunakan formula Triaxial Line Blend oleh Micheal Cerv (2016). Formula ini memahami konsep tentang penggunaan dua atau tiga bahan untuk diaplikasikan dalam penghasilan licau. Terdapat tiga bahan semula jadi yang digunakan oleh pengkaji adalah tanah liat, abu sekam padi dan abu kayu. Pengkaji menghasilkan sebanyak 72 sampel yang menggunakan dua jenis permukaan. Pengkaji seterusnya menggunakan dua jenis teknik yang berbeza untuk melihat perubahan dan tindak balas pada permukaan seramik. Hasil kajian ini mendapati bahawa lapan sampel telah memberikan kesan matt, 12 sampel memberikan kesan semi-matt, 29 mencatatkan jumlah sampel yang banyak dalam memberikan kesan satin dan 23 sampel daripada semi satin. Sampel ini berfungsi sebagai hiasan, kemasan yang licin, kalis air, kesan dekorasi/jalinan dan kesan tahan lasak pada permukaan sampel. Kajian ini dapat memberikan impak terhadap satu penemuan baharu dalam penghasilan gerlis yang menggunakan bahan alam semula jadi khususnya di Sabah.
Item Type: | Thesis (Post-Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Gerlis seramik, Bahan alam semula jadi, Tanah liat, Abu sekam padi, Abu kayu, Triaxial Line Blend, Tekstur seramik, Warna seramik, Kesan dekorasi |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP785-869 Clay industries. Ceramics. Glass |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 Dec 2024 12:06 |
Last Modified: | 16 Dec 2024 12:06 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42183 |
Actions (login required)
View Item |