Faez Huzaini Ramleh (2018) Unsur spiritual dalam karya catan pelukis Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (869kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (18MB) |
Abstract
Pengkarya seni catan di Sabah secara umum menggunakan pelbagai pendekatan dan medium untuk menyampaikan idea dan alat komunikasi yang amat berkesan. Unsur spiritual adalah salah satu aspek dalam karya seni catan Sabah yang harus diketengahkan kerana menampilkan impak yang tersendiri. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti simbol dalam konteks spiritual, menginterpretasi mesej sesebuah catan dan menganalisis perkaitan antara imej dan unsur spiritual dalam karya catan pelukis Sabah. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif dalam menjalankan penyelidikan. Data penyelidikan dikumpul melalui sumber primer menerusi temu bual, pemerhatian dan kajian lapangan. Seterusnya, penyelidik akan mendapatkan data sokongan melalui sumber sekunder iaitu rujukan perpustakaan, jurnal, dokumen peribadi dan bahan audio visual. Bahan penyelidikan akan dianalisis menggunakan teori Ikonografi Panofsky (1972). Teori ini mengaplikasikan rubrik yang mempunyai tiga tahap iaitu imej primier, elemen formalistik dan makna ikonografi. Penyelidikan ini akan mengkaji karya catan yang dihasilkan oleh pelukis Sabah dan karya-karya yang mempunyai aspek spiritualiti yang jelas. Penyelidik menganalisis sebanyak 19 buah catan yang dihasilkan oleh pelukis Sabah. Catan yang dianalisis diklasifikasi mengikut tiga pecahan iaitu agama, kepercayaan etnik dan ilmu ghaib. Hasil penyelidikan mendapati bahawa sebanyak 12 buah karya menyentuh tentang aspek spiritualiti dalam konteks agama, lima buah karya berkisarkan tentang aspek spiritualiti yang berkaitan dengan kepercayaan etnik dan dua buah karya bertaut dengan aspek spiritualiti ilmu ghaib. Penyelidikan ini dapat menjelaskan sesuatu fahaman interpretasi siratan karya yang masih kurang jelas khasnya karya catan kontemporari di Sabah. Justeru itu, penyelidikan ini dapat menyumbang kepada sumber ilmu dan pemikiran baharu dalam bidang seni di Sabah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Seni catan, Unsur spiritual, Ikonografi panofsky, Symbolisme dalam seni, Kepercayaan etnik, Agama dalam seni |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT3400-5090 Customs relative to public and social life Including town life, court life, festivals, holidays, ceremonies of royalty, etc. N Fine Arts > N Visual arts > N1-(9211) Visual arts > N7560-8266 Special subjects of art |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 16 Dec 2024 12:09 |
Last Modified: | 16 Dec 2024 12:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42243 |
Actions (login required)
View Item |