Geologi am dan geomorfologi kawasan Bilit, Sukau, Sandakan

Fairuz Mohamad (2007) Geologi am dan geomorfologi kawasan Bilit, Sukau, Sandakan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000391.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian yang terletak di Bilit, Kinabatangan seluas 384 km² dan ia dibatasi oleh garis latitud 5° 26' U hingga 5° 34' U dan garis longitud di antara 118° 5' T hingga 118° 19' T. Objektif kajian ialah mengkaji geologi am dan menghasilkan peta geologi yang terkini serta evolusi geomorfik Sungai Kinabatangan di kawasan kajian. Kawasan kajian terdiri daripada Formasi Labang, Formasi Tanjung dan Endapan Kuaterner. Formasi Labang yang berusia Miosen Bawah merupakan endapan tertua di kawasan kajian dan terdiri daripada batu pasir, batu kapur, batu lumpur, Syal dan konglomerat. Formasi Tanjung pula berusia Miosen Atas merupakan endapan Tertier dan terdiri daripada selang lapis batu pasir masif dan batu lumpur dengan kehadiran lempung kelabu, syal dan lignit. Endapan kuatemer pula terdiri daripada aluvium resen yang mengandungi lodak, lempung, pasir dan kehadiran pebel-pebel kuarza. Sungai Kinabatangan yang mengalir sepanjang 560 kilometer dari arah barat ke arah timur Sabah, menghala ke Laut Sulu mempunyai pola saliran bermeander dengan liku-liku sungai yang besar dan kewujudan dataran banjir. Kajian morfologi sungai menunjukkan bahawa tiada perubahan ketara yang berlaku sepanjang lebih 30 tahun yang lalu. Sungai telah berada pada peringkat matang (tua) dan stabil. Oleh itu, perubahan adalah sedikit kecuali alur sungai yang semakin melebar akibat proses hakisan yang aktif.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geologi, Geomorphological, Geomorphic evolution, Quatenary deposits, Labang formation, Tanjung formation, Quaternary deposits, Kinabatangan river, Bilit, Sukau, Sandakan, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 25 Jan 2012 15:49
Last Modified: 12 Oct 2017 10:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/423

Actions (login required)

View Item View Item