Alan Abdul Rahim (2008) Kajian persepsi kontraktor terhadap kelewatan menyiapkan projek-projek kerajaan persekutuan di negeri Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (335kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kerajaan Malaysia melaksanakan program pembangunannya melalui pembentukan polisi pembangunan yang seterusnya diimplementasikan oleh jentera pentadbiran dan pengurusan kerajaan. Ini bertujuan mencapai Wawasan 2020 ke arah status negara maju menjelang tahun 2020 mengikut acuan pembangunan tersendiri. Program pembangunan ini dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan dalam Rancangan Lima Tahun. Sejumlah program dirancang dan dilaksanakan di dalam setiap Rancangan Lima Tahun ini. Walaubagaimanapun masih terdapat kelewatan dalam pelaksanaan dan menyiapkan projek-projek yang dijalankan. Dalam RMK-8, terdapat 3,694 projek persekutuan disenarai untuk dilaksanakan di negeri Sabah tetapi pada akhir RMK-8 (2005) terdapat 25 projek lewat dan 45 projek yang belum terlaksana atau ditangguhkan ke RMK-9. Kajian ini mendapati bahawa masalah utama kelewatan projek persekutuan di negeri Sabah adalah berpunca daripada faktor kerajaan khususnya berkaitan dengan perubahan spesifikasi kerja, penambahan skop kerja dan kelewatan kelulusan arahan perubahan kerja serta masalah kelewatan pemprosesan dan kelulusan pengambilalihan tanah. Di pihak kontraktor pula, kelewatan menyiapkan projek berpunca daripada kekurangan sumber seperti gunatenaga, bahan binaan dan peralataan binaan. Selain daripada itu, masalah tapak projek tidak sesuai juga menjadi sebab utama kelewatan. Cadangan yang dikemukakan menjurus kepada proses perancangan projek yang lebih mantap dan teliti di samping mengalu-alukan usaha kerajaan memantau projek dengan lebih serius dan terancang. Cadangan ini termasuklah memperkemaskan lagi jaringan kerja dan komunikasi antara jabatan dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam perancangan dan perlaksanaan program pembangunan di peringkat negeri dan daerah, menggunakan Program Pengesanan dan Pemantauan yang diketuai oleh Perdana Menteri sendiri untuk mengenalpasti dan menyelesaikan masalah kelewatan dan kegagalan projek dengan cepat.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Kerajaan Malaysia, Polisi pembangunan, Wawasan 2020, Rancangan lima tahun, Projek persekutuan |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD9000-9999 Special industries and trades > HD9715-9717.5 Construction industry |
Department: | SCHOOL > School of Business and Economics |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 30 Dec 2024 09:15 |
Last Modified: | 30 Dec 2024 09:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42402 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |