Amalan gaji minimum dan kesannya ke atas keadilan pembayaran gaji dan niat mobiliti pekerja di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu

Mohd. Khairul Nabil Mohd Nor Azan (2017) Amalan gaji minimum dan kesannya ke atas keadilan pembayaran gaji dan niat mobiliti pekerja di Hotel Tang Dynasty, Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (406kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Akta Gaji Minimum 2012 telah dilaksanakan secara mandatori pada 1 Januari 2014 di semua sektor pekerjaan swasta. Hal ini menyebabkan berlakunya penstrukturan gaji kepada gaji minimum bagi kesemua sektor pekerjaan swasta. Salah sebuah sektor pekerjaan yang diwajibkan untuk menstruktur pembayaran gaji pekerja kepada gaji minimum adalah sektor perhotelan. Walau bagaimanapun, kaedah penstrukturan gaji sektor perhotelan adalah sedikit berbeza jika dibandingkan dengan sektor pekerjaan yang lain. Hal ini adalah seperti yang telah dinyatakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (2012). Berdasarkan kepada kaedah penentuan gaji adil Equal Opportunities Commission (2003), kajian ini menumpukan kepada dua persoalan iaitu pertama, sejauh manakah penstrukturan gaji kepada gaji minimum yang dilaksanakan oleh majikan di sektor perhotelan mempunyai ciri-ciri keadilan pembayaran gaji dan kedua pula ialah sejauh manakah pelaksanaan gaji minimum yang telah distruktur semula mampu mengelakkan berlakunya niat mobiliti pekerja. Bersandarkan kepada kajian kes kualitatif ke atas seorang wakil pengurusan Hotel Tang Dynasty dan sepuluh orang responden pekerja yakni lima orang pekerja bahagian pengurusan dan lima orang pekerja bahagian operasi di Hotel Tang Dynasty, didapati bahawa kedua-dua bahagian pekerjaan mendapat pembayaran gaji minimum seperti yang telah dinyatakan oleh Majlis Perundingan Gaji Negara (2012). Namun dapatan kajian ini turut mendapati bahawa usaha dan tanggungjawab pekerja bahagian pengurusan adalah lebih banyak berbanding dengan pekerja bahagian operasi terutamanya ketika Hotel Tang Dynasty menerima kunjungan pelanggan yang ramai. Perkara ini jika dilihat pada ciri-ciri Teori Gaji Adil, menunjukkan bahawa berlaku keadilan pembayaran gaji bagi pekerja bahagian operasi manakala pekerja pengurusan pula sebaliknya. Walaupun wujud keadilan di dalam pembayaran gaji minimum pekerja Hotel Tang Dynasty, namun mobiliti pekerja tidak dapat dielakkan daripada berlaku untuk kedua-kedua bahagian pekerjaan yang terdapat di Hotel Tang Dynasty.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Gaji minimum, Sektor perhotelan, Penstrukturan gaji, Keputusan Majlis Perundingan Gaji Negara, Teori gaji adil, Pelaksanaan gaji minimum
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX901-946.5 Hospitality industry. Hotels, clubs, restaurants, etc. Food service
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Jan 2025 14:26
Last Modified: 17 Jan 2025 14:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42648

Actions (login required)

View Item View Item