Nuraisyah Nurdin and Zainuddin Baco (2024) Pengurusan muzium dan cabaran institusi permuziuman Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu. Jurnal Borneo Akhailogia Heritage, Archaeology and History, 9. pp. 1-30.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (913kB) |
Abstract
Penubuhan institusi permuziuman di bawah institusi pengajian tinggi memainkan peranan yang penting dalam menyokong pembelajaran yang lebih aktif melalui koleksi pameran yang difokuskan sejajar dengan keperluan universiti untuk menjadi pusat pendidikan yang unggul. Artikel ini bertujuan untuk mengetengahkan lima buah muzium dan galeri di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan menilai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pengurusan institusi permuziuman UMS. Bagi melengkapkan kajian ini, pendekatan kualitatif telah digunakan dengan menjalankan kaedah pemerhatian dan temu bual dalam mendapatkan sumber primer. Seterusnya, kajian ini juga menggunakan sumber sekunder melalui kaedah kepustakaan dengan pembacaan artikel, buku dan internet. Artikel ini cuba memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa pengurusan koleksi muzium memerlukan prosedur yang sistematik untuk menyokong kepada kejayaan universiti sebagai pusat pendidikan dan penyelidikan serta potensi muzium sebagai salah satu destinasi pelancongan di sekitar Sabah. Walaupun begitu, masih terdapat cabaran yang perlu ditangani oleh pihak pengurusan muzium di UMS seiring dengan pengurusan muzium di peringkat universiti. Maka, kajian ini telah memberikan beberapa saranan langkah untuk mengatasi isu dan cabaran yang dihadapi.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Muzium, Galeri, Universiti Malaysia Sabah |
Subjects: | A General Works > AM Museums. Collectors and collecting > AM1-(501) Museums. Collectors and collecting L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 20 Jan 2025 13:49 |
Last Modified: | 20 Jan 2025 13:49 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42701 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |