Ekopelancongan berasaskan komuniti (CBE) dan cabaran di air terjun Murug Turug, Tamparuli, Sabah

Siti Rahmah Galib and Rosazman Hussin and Jalihah Md Shah (2024) Ekopelancongan berasaskan komuniti (CBE) dan cabaran di air terjun Murug Turug, Tamparuli, Sabah. Journal of Islamic, Social, Economics and Development (JISED), 9. pp. 87-102.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (345kB)

Abstract

Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBE) di Air Terjun Murug Turug, Kampung Minangkob, Tamparuli, Sabah. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai pelaksanaan dan cabaran Ekopelancongan Berasaskan Komuniti sebagai salah satu pusat pelancongan yang mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara. Penglibatan ahli komuniti dalam aktiviti ekopelancongan bukan sahaja dapat menjana pendapatan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada komuniti, khususnya kepada penduduk setempat. Secara umum, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Ekopelancongan Berasaskan Komuniti di Air Terjun Murug Turug berjaya menarik minat komuniti setempat untuk terlibat, kerana penglibatan komuniti merupakan salah satu faktor penting dalam menyumbang kepada ekonomi negara. Oleh itu, setiap pembangunan dalam bidang ini memerlukan penglibatan komuniti secara holistik. Kaedah kutipan data yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pendekatan kualitatif iaitu temubual mendalam dan pemerhatian. Dapatan kajian mendapati terdapat beberapa aktiviti ekopelancongan yang dilaksanakan di kawasan Air Terjun Murug Turug seperti camping, trekking dan mandi manda. Secara keseluruhan, tahap penglibatan komuniti dalam Ekopelancongan Berasaskan Komuniti di Air Terjun Murug Turug adalah ditahap kendiri. Walaupun terdapat cabaran yang dihadapi oleh ahli komuniti dalam perlaksanaan aktiviti ekopelancongan berasaskan komuniti di kawasan ini.

Item Type: Article
Keyword: Penglibatan Komuniti, Tahap Pengibatan Komuniti, Cabaran dalam aktiviti ekopelancongan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HM Sociology (General) > HM(1)-1281 Sociology > HM711-806 Groups and organizations > HM756-781 Community
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 14 Feb 2025 09:56
Last Modified: 14 Feb 2025 09:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42873

Actions (login required)

View Item View Item