Pengetahuan tradisional dalam aspek klimatologi : kajian kes amalan komuniti pinggir pantai Daerah Semporna

Abdul Najal Punjung (2012) Pengetahuan tradisional dalam aspek klimatologi : kajian kes amalan komuniti pinggir pantai Daerah Semporna. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (543kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Masyarakat daerah Semporna suatu ketika dahulu bergantung pada pengetahuan tradisional, terutama dalam meramal cuaca untuk merancang dan membuat persediaan dalam kegiatan nelayan, pelayaran, serta pertanian. Mereka menggunakan pemerhatian atmosfera dan keadaan astrononomi, penunjuk perilaku tumbuhan dan binatang (serangga, burung, dan mamalia). Kajian ini bertujuan mengetahui amalan pengetahuan tradisional aspek klimatologi masyarakat pinggir pantai daerah Sempoma. Fokus Kajian adalah ramalan cuaca tradisional. Pengkaji ingin mengenalpasti petunjuk-petunjuk cuaca yang digunakan bagi meramal cuaca dan iklim sama ada terdiri daripada elemen flora, fauna dan fizikal. Kemudian dilakukan pendokumentasian, serta memberi justifikasi saintifik. Metod yang digunakan adalah secara kualitatif dan kuantitatif. Instrumen temubual dan borang soal selidik telah digunakan. Hasil kajian mendapati elemen flora, fauna dan persekitaran fizikal sememangnya digunakan dalam ramalan cuaca tradisional komuniti pinggir pantai Daerah Semporna. Keuapayaan meramal cuaca secara tradisional melalui petunjuk-petunjuk alam sekitar, flora dan fauna membantu para pelaut membuat keputusan sama ada turun ke laut ataupun tidak kerana aspek keselamatan. Melalui kajian ini juga, pengkaji telah berjaya menyenaraikan pengetahuan-pengetahuan yang masih boleh dipraktikkan untuk meramal cuaca pada hari ini kerana telah disahkan secara saintifik.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Traditional knowledge, Climatology, Weather forecasting, Community, Scientific justification
Subjects: Q Science > QC Physics > QC1-999 Physics > QC851-999 Meteorology. Climatology Including the earth's atmosphere > QC980-999 Climatology and weather
Department: SCHOOL > School of Social Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Feb 2025 10:05
Last Modified: 28 Feb 2025 10:05
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42926

Actions (login required)

View Item View Item