Zanariah Hamid and Shapiza Sharif and Nirwana Mohd Rashid and Siti Aidah Lukin@Lokin and Abang Mohd Razif Abang Muis (2024) Komponen kecintaan dalam pembinaan negara bangsa berteraskan pendidikan karakter melalui pendidikan sejarah di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 9. pp. 1-17. ISSN 2504-8562
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (435kB) | Request a copy |
Abstract
Pendidikan sejarah dan pendidikan karakter saling berkaitan dalam usaha membentuk individu yang bersemangat patriotisme dan berakhlak mulia. Pendidikan sejarah menyediakan konteks untuk memahami nilai-nilai seperti keberanian, keadilan, dan tanggungjawab, manakala pendidikan karakter mengukuhkan nilai-nilai ini melalui penghayatan dan amalan harian. Kajian ini bertujuan mendapatkan pandangan, cadangan dan kesepakatan pakar terhadap keperluan komponen kecintaan dalam pembinaan negara bangsa berteraskan pendidikan karakter melalui pendidikan sejarah di Malaysia menggunakan pendekatan Fuzzy Delphi (FDM). Pelaksanaan kajian ini melibatkan 13 orang pakar dalam bidang pendidikan sejarah. Kesemua pakar dikehendaki untuk menjawab soal selidik kajian berkenaan komponen kecintaan. Maklumat yang diperoleh dianalisis menggunakan penomboran segi tiga Fuzzy (Triangular Fuzzy Numbers) dan turutan (ranking) setiap item atau elemen kecintaan diperoleh menerusi Defuzzification Process. Analisis kaedah Fuzzy Delphi menunjukkan maklum balas kumpulan pakar terhadap komponen kecintaan berada pada tahap yang baik, iaitu dengan peratus kesepakatan bermula daripada 70% sehingga 90%. Dapatan kajian mendapati semua lapan item kecintaan telah diterima oleh pakar. Dapatan kajian yang diperoleh diyakini dapat membantu pengkaji terhadap kepentingan komponen kecintaan dalam pembinaan negara bangsa berteraskan pendidikan karakter melalui pendidikan sejarah di Malaysia.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Negara bangsa Pendidikan karakter Pendidikan sejarah Komponen kecintaan Pendekatan Fuzzy Delphi |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > D History (General) > D1-2027 History (General) L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC251-318 Moral education. Character building |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 24 Feb 2025 15:05 |
Last Modified: | 24 Feb 2025 15:05 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/42936 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |