Pengaruh persekitaran pembelajaran makmal sains dan motivasi terhadap pencapaian sains murid aliran sastera di Sarawak: Penglibatan murid sebagai pengantara

Law, Hui Haw (2022) Pengaruh persekitaran pembelajaran makmal sains dan motivasi terhadap pencapaian sains murid aliran sastera di Sarawak: Penglibatan murid sebagai pengantara. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (482kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (14MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor mempengaruhi pencapaian sains murid aliran sastera di negeri Sarawak. Daripada Teori Produktiviti Pendidikan Walberg (1981) dan Teori Kognitif Sosial (1986), penyelidik telah mencadangkan satu model persamaan berstruktur (SEM) yang memetakan hubungan antara persekitaran pembelajaran makmal sains, motivasi pembelajaran sains, penglibatan pembelajaran sains dengan pencapaian sains. Penglibatan pembelajaran sains turut dicadangkan sebagai pengantara dalam model SEM. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah tinjauan secara kuantitatif melalui pentadbiran soal selidik yang melibatkan seramai 468 orang responden. Hubungan-hubungan model SEM dianalisis menggunakan teknik Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM) dengan perisian Smart PLS 3.0. Hasil dapatan menunjukkan murid aliran sastera mempunyai tahap persepsi yang tinggi terhadap persekitaran pembelajaran makmal sains, manakala tahap yang sederhana untuk motivasi pembelajaran sains dan penglibatan pembelajaran sains. Analisis PLS-SEM menunjukkan bahawa motivasi pembelajaran sains dan penglibatan pembelajaran sains (penglibatan tingkah laku dan penglibatan kognitif) mempunyai pengaruh yang positif terhadap pencapaian sains. Persekitaran pembelajaran makmal sains didapati mempunyai pengaruh positif yang signifikan terhadap penglibatan tingkah laku dan penglibatan emosi murid. Motivasi pembelajaran sains pula menunjukkan pengaruh positif yang signifikan terhadap penglibatan tingkah laku, penglibatan kognitif dan penglibatan emosi. Dapatan empirikal juga menunjukkan persekitaran pembelajaran makmal sains dan motivasi pembelajaran sains merupakan faktor peramal kepada penglibatan pembelajaran sains dengan nilai R2 sebanyak 0.364 bagi dimensi penglibatan tingkah laku, 0.374 untuk penglibatan kognitif dan 0.263 bagi penglibatan emosi. Selain itu, salah satu sumbangan kajian ini adalah menganalisis peranan penglibatan pembelajaran sains sebagai pengantara dalam hubungan persekitaran pembelajaran makmal sains dan motivasi pembelajaran sains dengan pencapaian sains. Hasil dapatan menunjukkan dua daripada tiga dimensi penglibatan pembelajaran sains iaitu penglibatan tingkah laku dan penglibatan kognitif merupakan pengantara dengan kekuatan separa dalam kedua-dua hubungan ini. Sebaliknya, penglibatan emosi gagal menjadi pengantara dalam hubungan ini selari dengan nilai saiz kesan f2 dan nilai VAF yang rendah terhadap pencapaian sains. Kesimpulannya, kajian ini telah memberikan pengetahuan baru tentang hubungan antara persekitaran pembelajaran makmal sains, motivasi pembelajaran sains dan penglibatan pembelajaran sains dengan pencapaian sains. Daripada kajian ini, peranan penglibatan murid dikaji dengan lebih khusus, di mana menunjukkan jenis penglibatan yang telah memainkan peranan sebagai pengantara dalam hubungan persekitaran pembelajaran makmal sains serta motivasi pembelajaran sains dengan pencapaian sains, iaitu penglibatan tingkah laku dan penglibatan kognitif. Adalah diharapkan bahawa kajian ini mempunyai signifikan dan impak positif dalam perancangan pembelajaran sains bagi meningkatkan pencapaian sains di kalangan murid aliran sastera.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pencapaian sains, Motivasi, Penglibatan pembelajaran, Model SEM, Pendidikan sains
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1050.9-1091 Educational psychology
Q Science > QA Mathematics > QA1-939 Mathematics > QA273-280 Probabilities. Mathematical statistics
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 07 Mar 2025 11:20
Last Modified: 07 Mar 2025 11:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43062

Actions (login required)

View Item View Item