Ideologi kesatuan sekerja dan penglibatan kesatuan sekerja :Tinjauan literatur sistematik

Nurul Fadilah binti Ahmad and Kee Y Sabariah Binti Kee Mohd Yussof (2024) Ideologi kesatuan sekerja dan penglibatan kesatuan sekerja :Tinjauan literatur sistematik. Jurnal Kinabalu, 30. pp. 1-12. ISSN 2600-867X

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (287kB) | Request a copy

Abstract

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penglibatan kesatuan sekerja yang telah dikenalpasti oleh pengkaji terdahulu. Salah satu faktor yang mempengaruhi adalah ideologi kesatuan sekerja. Namun, faktor ini mempunyai isu dalam sorotan kajian lepas disebabkan oleh penggunaan terma “ideologi” yang tidak jelas. Dengan menggunakan tinjauan literatur sistematik, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji secara deskriptif keseluruhan artikel, kertas kerja dan bahan bacaan yang berkaitan dengan ideologi kesatuan sekerja dan penglibatan kesatuan sekerja. Oleh itu, tinjauan literatur sistematik ini akan dapat memberi input secara teoritikal bagi aspek kesatuan sekerja. Sehubungan dengan itu, data diperolehi daripada pangkalan data Science Direct dan Emerald Insight dari tahun 2013 sehingga 2023 dan dianalisis menggunakan kaedah PRISMA. Hasil kajian mendapati di sepanjang 10 tahun ini, dengan menggunakan kata kunci “union ideology and union participation” sebanyak 699 artikel yang diterbitkan bagi carian Science Direct manakala sebanyak 1485 artikel penyelidikan bagi carian menggunakan Emerald Insight tetapi hanya dua artikel sahaja yang releven dalam kajian ini. Hasil kajian ini akan membantu kepada pencarian artikel penyelidikan kepada pengkaji dalam bidang yang memfokuskan kepada ideologi kesatuan sekerja dan penglibatan kesatuan sekerja.

Item Type: Article
Keyword: Ideologi kesatuan sekerja, penglibatan kesatuan sekerja, tinjauan literatur sistematik, PRISMA
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies) > DS633-644.46 History
K Law > KP Asia and Eurasia, Africa, Pacific Area, and Antarctica Asia > KPG1-6999 Malaysia
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 11 Mar 2025 10:46
Last Modified: 11 Mar 2025 10:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43109

Actions (login required)

View Item View Item