Kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan di zon utara Sabah

Foong, Danielle Chai Yen (2018) Kepimpinan instruksional pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan di zon utara Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (250kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi guru terhadap tahap kepimpinan instruksional pengetua dan tahap kepuasan kerja guru selain melihat hubungan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan kepuasan kerja guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Zon Utara Sabah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan menggunakan pensampelan rawak berlapis. Responden yang terlibat dalam kajian sebanyak 378 orang guru. Satu set soal selidik yang mengandungi tujuh puluh lima item digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada responden. Data-data dianalisis menggunakan Statistical Program Social Science (SPSS) versi 24. Kaedah statistik deskriptif dan statistik inferens seperti min, sisihan piawai, ANOVA sehala dan korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan (i) kepimpinan instruksional pengetua berada pada tahap tinggi, (ii) kepuasan kerja guru berada pada tahap tinggi, (iii) analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepimpinan instruksional pengetua berdasarkan pengalaman bekerja, (iv) analisis ANOVA Sehala pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan kerja guru berdasarkan pengalaman bekerja, dan (v) analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan instruksional pengetua dengan kepuasan kerja guru. Berdasarkan hasilnya, kajian ini mencadangkan beberapa cadangan untuk memperbaiki amalan kepimpinan dan kepuasan kerja guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kepimpinan instruksional pengetua, Kepuasan kerja guru, Hubungan kepimpinan dengan kepuasan kerja, Sekolah Menengah Kebangsaan, Zon Utara Sabah, Kajian kuantitatif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2832-2844.1 Teaching personnel
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Mar 2025 14:43
Last Modified: 12 Mar 2025 14:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43127

Actions (login required)

View Item View Item