Junndiah@Junaidah Majit and Muhamad Suhaimi Taat (2024) Hubungan literasi dan kemahiran guru pendidikan islam dengan penguasaan jawi murid sekolah rendah di negeri Sabah.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (783kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara literasi dan kemahiran guru Pendidikan Islam dengan penguasaan Jawi murid sekolah rendah di negeri Sabah. Isu penguasaan Jawi dalam kalangan murid sekolah rendah masih rendah, seperti yang ditunjukkan dalam laporan j-QAF 2021, di mana 83,938 murid berada pada tahap penguasaan 3. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan mengumpul data melalui soal selidik yang diisi hanya oleh guru Pendidikan Islam di sekolah-sekolah terpilih di Sabah. Hasil kajian menunjukkan bahawa literasi tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan penguasaan Jawi murid, manakala kemahiran guru dalam pengajaran Jawi menunjukkan hubungan yang signifikan. Guru yang mempunyai kemahiran pengajaran Jawi yang baik cenderung meningkatkan penguasaan Jawi murid. Implikasi kajian ini menekankan kepentingan latihan dan pembangunan profesional untuk guru dalam bidang pengajaran Jawi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Jawi di sekolah. Kajian ini juga mencadangkan agar sekolah dan pembuat dasar memberi perhatian khusus kepada strategi untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru bagi memastikan penguasaan Jawi murid yang lebih baik.
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Literasi, Kemahiran, Penguasaan Jawi, Pendidikan Islam |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP160-165 General works on Islam L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1555-1602 Elementary or public school education |
Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 12 Mar 2025 15:37 |
Last Modified: | 12 Mar 2025 15:37 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43154 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |