Vurisiah Dadong and Musirin Mosin and Mohd Nor Azan Abdullah (2024) Impak kesantunan berbahasa kadazandusun semasa tutorial.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (942kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian impak kesantunan berbahasa Kadazandusun dapat dilihat melalui puisi tradisional Sudawil yang mengandungi nilai-nilai murni serta sesuai dijadikan sebagai contoh kesantunan berbahasa semasa tutorial. Dalam hal yang demikian, ungkapan bertatasusila dalam puisi tradisional dapat memperlihatkan bahasa sopan, harmoni dan pertuturan yang sopan santun. Kajian ini telah dijalankan terhadap seramai enam orang pensyarah dan sembilan orang pelajar bahasa Kadazandusun di IPG Sabah. Pengkaji memilih peserta adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan yang memenuhi segala kriteria dan maklumat yang dikehendaki dalam kajian (Babbie, E & Mouton, J, 2002). Kajian ini, menggunakan protokol temu bual sebagai instrumen pengumpulan data dan kaedah temu bual berstruktur yang telah ditetapkan berdasarkan objektif iaitu mengkaji impak kesantunan berbahasa Kadazandusun semasa pensyarah melaksanakan tutorial kepada pelajar. Penyelidikan ini berbentuk kajian fenomena menggunakan pendekatan kualitatif yang berlandaskan teori Brown dan Levinson (1987). Kajian ini mendapati impak kesantunan berbahasa kadazandusun dalam tutorial pelajar IPG adalah berdasarkan protokol temu bual mengikut unit dan tema. Isu kesantunan berbahasa diantara pensyarah dan pelajar yang tidak dipelihara memberi kesan negatif kepada pelajar semasa tutorial. Brown & Levinson (1987) menyatakan bahawa 'muka negatif' kehendak untuk mengelakkan daripada dikecam, tidak mengamalkan kesantunan berbahasa dan sikap tidak memperdulikan hati. Data kajian dianalisis dengan menggunakan Nvivo 12 plus. Dapatan kajian Impak kesantunan berbahasa Kadazandusun semasa tutorial berdasarkan contoh dalam Jadual 1 pensyarah: TB6AMIPEN '...sikap menghormati pensyarah, menghormati orang yang lebih tua, menghormati rakan-rakan mereka dan ini dapat mengelakkan konflik...' dan Jadual 2 Pelajar: TB3ELYPEL '... mengelakkan rasa tidak selesa dan dapat mengelakkan sebarang kegusaran dengan menggunakan bahasa yang sesuai...'
Item Type: | Proceedings |
---|---|
Keyword: | Impak, Kesantunan, Bahasa Kadazandusun, Tutorial, Pensyarah, Pelajar |
Subjects: | L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P1-1091 Philology. Linguistics > P101-410 Language. Linguistic theory. Comparative grammar |
Department: | FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 12 Mar 2025 15:38 |
Last Modified: | 12 Mar 2025 15:38 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43157 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |