Pengaruh kepimpinan servan terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi (TKO) dalam kalangan guru: satu model konseptual

Rositah Abd Rahim and Roslee Talip and Dg Norizah Ag Kiflee@Dzulkifli (2024) Pengaruh kepimpinan servan terhadap tingkah laku kewarganegaraan organisasi (TKO) dalam kalangan guru: satu model konseptual.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (898kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk membangunkan sebuah model konseptual yang berkait rapat dengan hubungan antara kepimpinan servan dan Tingkah laku Kewarganegaraan Organisasi (TKO) dalam kalangan guru. Dalam kepimpinan servan penekanan aspek pembangunan potensi diri pengikut telah dikaji secara meluas dalam sesebuah organisasi. Walau bagaimanapun, pada peringkat sekolah bantuan penuh kerajaan masih lagi kurang dilaksanakan. Manakala Tingkah Laku Kewarganegaraan Organisasi (TKO) ini yang banyak dipengaruhi oleh gelagat atau tingkah laku dalam penglibatan ahli sukarelawan . TKO yang ditunjukkan berlaku adalah secara bukan secara formaliti dan tidak termasuk tugasan mahupun kerja hakiki, tetapi ianya dilaksanakan dengan rela hati ataupun secara sukarela untuk melancarkan fungsi pentadbiran organisasi. Tingkah laku yang lebih menumpukan terhadap pekerja yang wujud dalam kepimpinan servan dapat mempromosikan hubungan sosial dan mewujudkan TKO dalam organisasi sekolah. Kerangka teori yang dibina berdasarkan teori tingkah laku berencana Ajzen (1991).

Item Type: Proceedings
Keyword: Kepimpinan Servan, Tingkah Laku Kewarganegaraan Organisasi, Teori Tingkah Laku Berencana Ajzen
Subjects: L Education > L Education (General) > L7-991 Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1705-2286 Education and training of teachers and administrators
Department: FACULTY > Faculty of Education and Sport Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 13 Mar 2025 08:38
Last Modified: 13 Mar 2025 08:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43165

Actions (login required)

View Item View Item