Zaifuddin Md Rasip and Anis malik toha (2024) Persamaan antara ajaran Bible dan ajaran al-Quran: Analisis tekstual terhadap beberapa isu. Malaysian journal for islamic studies, 8 (1). pp. 1-21.
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (502kB) | Request a copy |
Abstract
Ajaran Jesus dan ajaran Nabi Muhammad saw berasal daripada sumber yang sama iaitu Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Mereka merupakan antara rasul yang telah Allah mengutuskah ke muka bumi ini. Justeru itu, terdapat banyak persamaan antara ajaran kedua-dua rasul ini seperti yang termaktub di dalam Bible dan Al-Quran. Kajian ini meneliti dan menganalisis persamaan-persamaan yang terdapat dalam ajaran Jesus seperti yang tercatat dalam Bible dan ajaran Nabi Muhammad saw seperti yang terdapat dalam al-Quran, dalam bidang akidah dan hukum hakam. Fokus kajian ini ialah melakukan analisis tekstual terhadap beberapa isu utama. Metodologi yang digunakan melibatkan analisis komparatif terhadap teks-teks kitab suci daripada kedua-dua agama iaitu Bible dan al-Quran, dengan menggunakan pendekatan hermeneutika untuk mengenal pasti dan membandingkan tema-tema utama serta persamaan substantif dalam kedua-dua ajaran ini. Hasil kajian ini mendedahkan keselarasan dalam bidang akidah, iaitu setiap rasul utusan Allah membawa akidah tauhid dan hukum hakam yang perlu diikuti dalam ajaran kedua-dua kitab suci, memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang titik-titik persamaan dalam ajaran Jesus dan ajaran Nabi Muhammad saw. Kajian ini diharapkan dapat memberikan penjelasan yang lebih mendalam mengenai keselarasan yang ada antara ajaran Jesus dengan ajaran nabi Muhammad seterusnya memperkukuhkan lagi dialog antara agama dengan menekankan persamaan-persamaan asas yang ditemui.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Al-Quran, Ajaran Jesus, Bible, Dialog Antara Agama, Kristian |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP100-(157) Sacred books > BP100-134 Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP171-173 Relation of Islam to other religions B Philosophy. Psychology. Religion > BS The Bible > BS1-2970 The Bible > BS410-680 Works about the Bible > BS535-537 The Bible as literature |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 20 Mar 2025 10:06 |
Last Modified: | 20 Mar 2025 10:06 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43265 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |