Hidup damai bersama dalam hubungan keluarga beza agama: Meninjau pengalaman saudaran baru dan keluarga bukan muslim di Sabah

Mohd Nazmi Mohd Khalli and Suraya Sintang and Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (2024) Hidup damai bersama dalam hubungan keluarga beza agama: Meninjau pengalaman saudaran baru dan keluarga bukan muslim di Sabah. MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, 25. pp. 1-17.

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (356kB) | Request a copy

Abstract

Keluarga beza agama ialah sebuah keluarga yang berlatar belakangkan kepelbagaian anutan dan kepercayaan dalam keluarga. Hubungan ini terbentuk sama ada disebabkan penukaran agama dalam ahli keluarga, ataupun pasangan suami isteri yang berkahwin dan masih ingin mengekalkan agama asal mereka. Di Sabah, kelompok hubungan ini cukup sinonim dengan identiti negeri yang meraih kepelbagaian agama. Tambahan pula, peningkatan bilangan saudara baru saban tahun menjadikan kelompok keluarga beza agama begitu ketara di Sabah. Jika diselami hubungan keluarga campuran ini, kebanyakan kajian awal telah menjelaskan bentuk hubungan di peringkat awal antara saudara baru dan keluarga bukan Muslim adalah bersifat tegang, akan tetapi ianya hanya bersifat sementara dan kembali damai semula. Justeru, kajian ini bertujuan ingin memaparkan pengalaman hidup damai bersama dalam keluarga beza agama berdasarkan amalan yang dipraktikkan oleh saudara baru dan keluarga bukan Muslim. Data diperolehi menggunakan metode kualitatif dengan tumpuan kaedah temu bual ke atas responden yang dipilih secara rawak dan diwakili oleh saudara baru dan keluarga bukan Muslim di beberapa lokasi daerah Sabah. Hasil dapatan menjelaskan suasana hidup damai bersama yang ditonjolkan dalam hubungan ini adalah bertitik tolak daripada ikatan kekeluargaan yang masih ingin dikekalkan. Sikap timbal balik seperti saling menghormati dan memahami menjadi asas kepada pergaulan semasa mereka seperti makan dan tinggal bersama sehingga mampu menyambut perayaan bersama dalam keluarga yang berbilang agama. Amalan-amalan ini menjadi penghubung kepada keutuhan hubungan keluarga meski dibatasi dengan peraturan agama yang berbeza. Suasana ini berupaya dijadikan satu tamsilan kepada masyarakat Malaysia bagaimana pergaulan yang dicampuri dengan kepelbagaian agama masih mampu melestarikan hidup damai bersama.

Item Type: Article
Keyword: Keluarga beza agama; saudara baru; keluarga bukan muslim; ikatan kekeluargaan; hidup damai bersama
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP170 Works in defense of Islam. Islamic apologetics
K Law > KN Asia and Eurasia, Africa, Pacific Area, and Antarctica Asia South Asia. Southeast Asia. East Asia > KNW1-4990 Indonesia
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 25 Mar 2025 10:16
Last Modified: 25 Mar 2025 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43323

Actions (login required)

View Item View Item