Alicia Anatasha Wong and Rosazman Hussin (2024) Tradisi ma’nene, ciri-ciri dan makna: Membersihkan jenazah nenek moyang tanda kasih sayang yang tidak berkesudahan. Journal of Borneo Social Transformation Studies (JOBSTS), 10 (1). pp. 62-79. ISSN 2462-2095
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (899kB) | Request a copy |
Abstract
Tradisi Ma’nene merupakan warisan budaya suku Toraja di Indonesia yang mana ianya adalah sebuah tradisi yang harus dilaksanakan sebagai tanda kasih sayang, penghormatan kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Secara umumnya, tradisi Ma’nene ini terkait dengan sistem kepercayaan yang diperturunkan oleh nenek moyang suku Toraja iaitu Aluk Todolo dan mengandungi banyak filosofi seperti kepercayaan, kebanggaan, tradisi kuno dan peradaban yang semuanya tersirat dalam tradisi ini. Pengekalan upacara tradisi Ma’nene sebagai daya tarikan pelancong merupakan fokus utama di kampung Lalikan Pangala’, Toraja Utara, Sulawesi Selatan, Indonesia. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu kutipan data menerusi kaedah temu bual mendalam dengan menemubual seramai enam belas orang key informan, kaedah pemerhatian turut serta sewaktu upacara ini berlangsung dan kaedah sumber data sekunder bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Hasil analisis data menunjukkan upacara tradisi Ma’nene ini masih lagi dipelihara meskipun sudah menjadi produk daya tarikan pelancong. Upacara tradisi Ma’nene ini merupakan sebuah warisan budaya yang sememangnya harus dipertahankan agar ianya dapat menjadi tatapan generasi pada masa yang akan datang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | The Ma’nene Tradition, Ceremonies, Cultural Heritage, Belief System |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS611-649 Indonesia (Dutch East Indies) G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc. |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 07 Apr 2025 11:45 |
Last Modified: | 07 Apr 2025 11:45 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43369 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |