Impak pandemik covid-19 terhadap jaminan makanan dan amalan pemakanan di kawasan miskin bandar, Sabah

Zulayti Zakaria and Trixie Marjorie Tangit and Pauline Yong Pau Lin and Zulkhairul Naim Sidek Ahmad and Norliyana Aris (2024) Impak pandemik covid-19 terhadap jaminan makanan dan amalan pemakanan di kawasan miskin bandar, Sabah. Quantum journal of social sciences and humanities, 5 (5). pp. 1-9. ISSN 1881-1941

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (765kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini meninjau impak pandemik COVID-19 terhadap isu jaminan makanan dan amalan pemakanan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil di kawasan miskin bandar di Kota Kinabalu, Sabah. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti sosio-ekonomi dan kebolehdapatan makanan keluarga di penempatan miskin bandar di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Ini termasuklah aspek amalan pemakanan, jaminan makanan dan impak pandemik COVID-19 serta Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terhadap penduduk miskin bandar terutamanya dalam kalangan bayi dan kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah aplikasi pendekatan kualitatif secara temubual dan pemerhatian di lapangan yang melibatkan 20 orang informan di Kampung Numbak dan 20 orang informan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Telipok Ria, Kota Kinabalu, Sabah. Informan-informan tersebut terdiri daripada golongan wanita yang berkahwin dan mempunyai anak-anak yang berumur dua tahun ke bawah. Dapatan kajian menunjukkan impak daripada pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif terhadap status pemakanan dan gangguan terhadap jaminan makanan bayi dan kanak-kanak kecil di kawasan kajian. Kesimpulannya, jaminan makanan dan amalan pemakanan yang sihat amat mempengaruhi proses tumbesaran dan perkembangan bagi bayi dan kanak-kanak kecil yang berusia dua tahun kebawah. Ini kerana jika bayi dan kanak-kanak kecil tidak memperoleh zat pemakanan yang mencukupi akan mempengaruhi kesihatan, proses tumbesaran dan perkembangan mental dan fizikal yang berbeza daripada bayi dan kanak-kanak kecil yang mendapatkan zat pemakanan yang mencukupi.

Item Type: Article
Keyword: COVID-19, keselamatan makanan, kesihatan, bayi dan kanak-kanak, kawasan miskin bandar
Subjects: H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 09 Apr 2025 09:47
Last Modified: 09 Apr 2025 09:47
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43428

Actions (login required)

View Item View Item