Mazran Kasman (2013) Pengaruh kepimpinan pengajaran pengetua dan pengajaran guru terhadap pencapaian akademik pelajar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (832kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh kepemimpinan pengajaran pengetua dan pengajaran guru terhadap pencapaian akademik pelajar. Waiau bagaimanapun, kajian ini hanya melihat semua amalan melalui persepsi guru. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan teknik tinjauan melalui soal selidik. Populasi kajian ialah guru-guru yang mengajar di semua sekolah menengah yang terletak di daerah Semporna, Sabah manakala pemilihan sampel seramai 250 orang guru adalah dibuat secara rawak mudah. Kajian ini menggunakan analisis statistik perisian "Statistical Package for Social Science" (SPSS), versi 17 .0. Hasil kajian mendapati persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran pengetua dan pengajaran guru menunjukkan tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran pengetua terhadap pencapaian akademik pelajar (r=.140*). Waiau bagaimanapun tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengajaran guru dengan pencapaian akademik pelajar (r=.068). Selain itu, terdapat juga hubungan yang signifikan antara kepimpinan pengajaran pengetua dan pengajaran guru (r=.552**). Ujian regresi menggunakan kaedah stepwise pula menunjukkan terdapat pengaruh antara kepimpinan pengajaran pengetua terhadap pencapaian akademik pelajar (Sig=.027) dan tidak terdapat pengaruh antara pengajaran guru terhadap pencapaian akademik pelajar. Berdasarkan hasil dapatan daripada kajian ini, beberapa cadangan yang relevan telah dimajukan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Kepimpinan pengajaran, Kepimpinan pengetua, Pengajaran guru, Pencapaian akademik pelajar, Persepsi guru |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization |
Department: | SCHOOL > School of Psychology and Social Work |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 30 Apr 2025 15:12 |
Last Modified: | 30 Apr 2025 15:12 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43668 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |