Kesibukan kerja dan tahap amalan kepimpinan dalam kalangan guru besar

Nurul Farahin Abdullah (2013) Kesibukan kerja dan tahap amalan kepimpinan dalam kalangan guru besar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (946kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesibukan kerja dan kepimpinan pengajaran dalam kalangan guru besar di sekolah-sekolah rendah dalam empat daerah Sahagian Pantai Barat Utara. Kajian ini juga meneliti hubungan kesibukan kerja guru besar dengan kepimpinan pengajaran yang diamalkannya. Kajian ini berbentuk kuantitatif secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 113 orang guru besar sebagai responden dilibatkan dalam kajian ini. Data dikumpul dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For The Social Science (SPSS) versi 16.0. Analisis deskriptif digunakan untuk, peratusan, min, dan sisihan piawaian demografi kajian berdasarkan jantina serta analisis inferensi iaitu ujian-t dan Korelasi Pearson digunakan untuk mengenal pasti hubungan antara dua pemboleh ubah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesibukan kerja guru besar berada pada tahap yang tinggi dengan min=4.591 dan tahap kepimpinan pengajaran berada pada tahap sederhana dengan min=3.130. Keputusan hasil dapatan kajian menggunakan Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (r=0.038, p<0.05) antara kesibukan kerja dengan kepimpinan pengajaran dalam kalangan guru besar. Keseluruhannya, dapatan kajian mendapati bahawa guru besar sentiasa sibuk dengan kerja berbanding dengan kepimpinan pengajarannya iaitu berada pada tahap sederhana untuk diamalkan oleh guru besar. Berdasarkan kajian, didapati bahawa guru besar perempuan lebih mengamalkan kepimpinan pengajarannya di sekolah berbanding dengan guru besar lelaki. Cadangan agar kajian lanjutan yang menyeluruh perlu dijalankan untuk memperoleh dapatan yang lebih mantap.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kesibukan kerja guru besar, Kepimpinan pengajaran, Sekolah rendah, Pendidikan di Malaysia, Pengurusan sekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 02 May 2025 10:58
Last Modified: 02 May 2025 10:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43691

Actions (login required)

View Item View Item