Strategi inovasi industri batik dalam kelestarian warisan budaya dan pemerkasaan ekonomi ummah

Ariffin, W. J. W and Ghazalli, F. S. and Zulayti Zakaria and Abdullah, S. R. and Shahfiq, S. M. (2024) Strategi inovasi industri batik dalam kelestarian warisan budaya dan pemerkasaan ekonomi ummah. Global Journal Al-Thaqafah. pp. 1-18. ISSN 2232-0474

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kraftangan Batik bukan sahaja melambangkan identiti budaya tetapi berpotensi memperkasa ekonomi ummah. Inovasi mampu memacu warisan kraf batik menjadi lebih berpotensi dalam memajukan sektor ekonomi di samping melestarikan warisan tempatan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti inovasi dalam penghasilan batik serta mengkaji faktor penghalang dan potensi yang mendorong inovasi pengusaha batik, selain melihat bagaimana usaha tersebut diselaraskan dengan prinsip fiqh kepenggunaan demi kemajuan ekonomi ummah. Melalui kaedah kualitatif, analisis terhadap 12 penggiat kraf batik menunjukkan tiga inovasi utama iaitu dalam corak, kaedah pembuatan, dan pemasaran. Inovasi ini membantu mengatasi cabaran seperti kebergantungan kepada orang tengah, corak yang tidak diminati, kos pembuatan tinggi, dan pemasaran yang terhad. Manakala potensi inovasi termasuk perubahan corak yang lebih kontemporari, penjimatan kos, dan pemasaran digital. Kajian ini dapat dijadikan saranan bagi dasar yang menyokong inovasi dalam kraf tradisional bagi memperkukuhkan ekonomi ummah selaras dengan prinsip Islam di samping memelihara warisan budaya tempatan.

Item Type: Article
Keyword: Warisan; Inovasi; Kraf tangan tradisional; Batik; Fiqh kepenggunaan
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK3600-(9990) Other arts and art industries > NK8800-9505.5 Textiles
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > TT1-999 Handicrafts. Arts and crafts
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 16 May 2025 12:58
Last Modified: 16 May 2025 12:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43780

Actions (login required)

View Item View Item