Pengurusan koswer multimedia di kalangan guru-guru sains matematik sekolah-sekolah menengah di daerah Penampang, Sabah: Hubungannya dengan motivasi dan kepuasan kerja

Anna Liew (2005) Pengurusan koswer multimedia di kalangan guru-guru sains matematik sekolah-sekolah menengah di daerah Penampang, Sabah: Hubungannya dengan motivasi dan kepuasan kerja. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau tahap pengurusan koswer multimedia di kalangan guru-guru sains dan matematik di enam buah sekolah menengah di Daerah Penampang, Sabah. Secara spesifik kajian ini bertujuan untuk 1) mengenal pasti kekerapan penggunaan koswer multimedia di kalangan guru-guru sains dan matematik 2) mengenal pasti apakah tahap pengurusan koswer multimedia di kalangan guru-guru sains dan matematik 3) mengenal pasti apakah tahap motivasi guru-guru sains dan matematik 4) mengenal pasti apakah tahap kepuasan kerja guru-guru sains dan matematik 5) mengenal pasti hubungan antara tahap pengurusan koswer multimedia dengan tahap motivasi guru 6) mengenal pasti hubungan antara tahap pengurusan koswer multimedia dengan tahap kepuasan kerja guru-guru. Seramai 55 orang guru terlibat dalam kajian ini. Segala maklumat diperolehi dengan menggunakan satu set borang soal selidik. Setiap pernyataan diukur dengan menggunakan skala Likert empat. Data telah diproses dengan menggunakan pengaturcaraan 'Statistical Package For the Social Science ' (SPSS) versi 12.0. Statistik deskriptif dianalisis secara peratus dan min. Secara keseluruhan, tahap pengurusan koswer multimedia dan tahap motivasi guru adalah tinggi. Manakala tahap kepuasan kerja guru adalah sederhana tinggi. Penganalisisan data juga dilakukan dengan menggunakan kaedah korelasi Pearson. Analisis korelasi mendapati wujud perhubungan yang positif dan signifikan di antara pengurusan koswer multimedia dengan motivasi guru. Analisis korelasi juga mendapati wujud perhubungan yang positif dan signifikan di antara pengurusan koswer multimedia dengan kepuasan kerja guru. Berdasarkan kajian ini, satu rumusan dihasilkan iaitu motivasi dan kepuasan kerja memberi kesan kepada tahap pengurusan koswer multimedia guru.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Pengurusan koswer multimedia, Guru sains dan matematik, Sekolah menengah, Motivasi guru, Kepuasan kerja guru, Teknologi pendidikan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 20 May 2025 12:29
Last Modified: 26 May 2025 09:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43809

Actions (login required)

View Item View Item