Hubungan sikap dengan penggunaan komputer di kalangan guru pendidikan islam di daerah Sandakan

Roslan Diming (2006) Hubungan sikap dengan penggunaan komputer di kalangan guru pendidikan islam di daerah Sandakan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (199kB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat tahap penggunaan komputer dan sikap guru Pendidikan Islam di Daerah Sandakan, Sabah. Bagi mencapai objektif kajian ini seramai 81 orang guru Pendidikan Islam di Sekolah Menengah di Daerah Sandakan telah digunakan sebagai sampel kajian. Instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini. Terdapat 38 item soal selidik yang terbahagi kepada bahagian A dan bahagian B. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Sciences (SPSS). Tahap penggunaan komputer dan sikap dianalisis menggunakan min dan peratus manakala hubungan sikap dengan penggunaan komputer dianalisis menggunakan korelasi Pearson. Penggunaan komputer dalam kajian ini merujuk kepada penggunaan untuk pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dan internet. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penggunaan komputer untuk tujuan pengurusan, pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi manakala penggunaan internet adalah sederhana. Tahap sikap terhadap komputer dari segi kerisauan dan keseronokan adalah positif manakala dari segi keyakinan adalah sederhana. Tidak terdapat perbezaan dalam penggunaan komputer dalam pengurusan, pengajaran dan pembelajaran dan internet antara guru bandar dan luar bandar. Analisa Korelasi Pearson menunjukkan tidak terdapat hubungan antara sikap dengan penggunaan komputer di kalangan guru Pendidikan Islam di Daerah Sandakan.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Penggunaan komputer, Sikap terhadap teknologi, Guru Pendidikan Islam, Sekolah Menengah, Sandakan, Sabah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1025-1050.75 Teaching (Principles and practice)
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 26 May 2025 09:48
Last Modified: 26 May 2025 09:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/43880

Actions (login required)

View Item View Item