Faktor-faktor penyumbang terhadap keseriusan ponteng aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah harian di Wilayah Persekutuan Labuan

Subari Dwar (2010) Faktor-faktor penyumbang terhadap keseriusan ponteng aktiviti kokurikulum dalam kalangan pelajar tingkatan 4 di sebuah sekolah harian di Wilayah Persekutuan Labuan. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES..pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT..pdf
Restricted to Registered users only

Download (6MB)

Abstract

Kokurikulum adalah suatu aktiviti yang dilaksanakan di luar bilik darjah sebagai wadah kearah mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara. Merupakan aktiviti diluar darjah yang melibatkan gerak kerja seperti Pasukan Sadan Beruniform, Kelab dan Persatuan, Kelab Sukan dan Permainan. Semua aktiviti ini bersifat sebagai pelangkap dan pengukuhan kepada mata pelajaran yang diajar dalam kelas. Arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Warta Kerajaan bertarikh 28.12.1967 dan Akta Pendidikan 1996. Setiap pelajar mesti melibatkan diri setiap satu dari tiga komponen tersebut. Secara umumnya kajian ini adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang meyebabkan masalah ponteng aktiviti kokurikulum dikalangan pelajar tingkatan 4 disebuah sekolah harian di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini dijalankan ke atas 130 orang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah harian yang terbesar di Wilayah Persekutuan Labuan. Kajian ini dijalankan secara deskriptif menggunakan borang soal selidik sebagai instrument. Dapatan kajian kemudiannya dianalisa melalui computer menggunakan perisian Statistical Package For Social For Window Version 16. a_ SPSS 16.0) Ujian diskriptif dan ANOVA Sehala digunakan dalam menghuraikan antara faktor latar belakang keluarga, faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor latar belakang keluarga merujuk kepada demografi responden secara umum seperti tahap pendidikan ibubapa, jumlah pendapatan bulanan dan bilangan adik beradik dalam keluarga. Faktor dalaman pula meliputi faktor diri sendiri dan faktor luaran meliputi persekitaran, faktor guru, rakan sebaya dan kurikulum kokurikulum itu sendiri. Semua faktor ini diukur untuk melihat perbezaan terhadap faktor-faktor penyebab masalah ponteng kokurikulum di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan diantara faktor pendidikan dan saiz keluarga dengan faktor luaran dan faktor dalaman. Ini membuktikan bahawa daripada faktor tahap pendidikan ibubapa dan saiz keluarga yang merujuk kepada bilangan anak menjadi faktor memberi kesan kepada faktor dalaman dan faktor luaran pelajar-pelajar di sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kokurikulum, Ponteng sekolah, Pelajar sekolah menengah, Faktor keluarga, Faktor dalaman pelajar, Faktor luaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 11 Jun 2025 11:15
Last Modified: 11 Jun 2025 11:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44021

Actions (login required)

View Item View Item