Kata kerja Thulathi Mazid dan perubahan semantik: Satu kajian dalam juzuk pertama surah Al-Baqarah

Fouzai Yusof (2017) Kata kerja Thulathi Mazid dan perubahan semantik: Satu kajian dalam juzuk pertama surah Al-Baqarah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (23MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sebelas bentuk kata bagi kata kerja imbuhan triliterasi (ti'/ thu/athT mazTd) melalui imbuhan satu partikel, dua partikel dan tiga partikel. Kajian ini juga untuk melihat perubahan semantik yang terbentuk daripada bentuk kata tersebut. Selain itu, perubahan semantik thulathT mazld yang difokuskan pada surah a/-Baqarah; ayat 1-141 dengan menjelaskan sebab-sebab perubahan berlaku juga dilihat. Perubahan semantik berlaku adalah hasil daripada imbuhan partikel ke atas kata kerja akar dengan bentuk kata tertentu seperti kata kerja tak transitif (lazim) kepada kata kerja transitif (muta'a(ldi). Kajian ini dijalankan melalui mertode kualitatif, iaitu kajian kepustakaan dengan analisis data, pengumpulan data berasaskan kepada rujukan ilmu saraf, kitab-kitab tafsir dan rujukan berkaitan. Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa lapan daripada 11 bentuk kata sahaja yang digunakan pada juzuk pertama ayat 1-141. Sebanyak 213 data ti, thulathT mazTd dikutip sebagai mewakili lapan bentuk kata tersebut. Kata kerja imbuhan dengan bentuk kata afala mendominasi secara keseluruhan sebanyak 107 perkataan, manakala bentuk kata infa'a/a hanya satu tempat sahaja dalam juzuk pertama surah a/-Baqarah. Melalui kajian ini juga menyentuh aspek kekerapan penggunaan ti'/ thulathT mazTd berdasarkan kepada kata akar, hasil kajian ini membuktikan bahawa bentuk kata afala melalui kata akar amana adalah majoriti frekuensi digunakan. Imbuhan mampu menjana perubahan semantik hasil daripada perubahan bentuk kata dan menterjemahkan maksud sebenar yang hendak disampaikan. Secara lazimnya sifat bahasa sentiasa berkembang dan dinamis kerana wujudnya makna baharu yang dibentuk daripada kata akar.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kata kerja triliterasi, Thulathi Mazid, Imbuhan Arab, Perubahan semantik, Surah al-Baqarah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP100-(157) Sacred books > BP100-134 Koran > BP130-134 Works about the Koran
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 Jun 2025 11:21
Last Modified: 17 Jun 2025 11:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44127

Actions (login required)

View Item View Item