Ragam-ragam Bahasa Murut di Sabah

Saidatul Nornis Hj. Mahali (2024) Ragam-ragam Bahasa Murut di Sabah. Jurnal Melayu. pp. 1-20. ISSN 1675-7513

[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (527kB) | Request a copy

Abstract

Rencamnya bahasa yang dituturkan di Sabah menyediakan ruang luas untuk diteliti oleh para pengkaji. Orang-orang Murut terdapat di Sabah, di Sarawak dan di Kalimantan. Di Sabah, etnik Murut terbahagi kepada 10 kelompok berbeza dan ragam dialek Murut yang dituturkan juga berlainan, maka tulisan ini hanya akan ditumpukan kepada 10 subetnik berbeza, yakni Murut Timugon, Tagol, Nabaai, Paluan, Bookan, Kolor, Binta, Okolod, Serudung dan Tangara yang terdapat di Sabah. Penelitian awal ini telah dilaksanakan di 10 buah kampung di dalam Daerah Keningau, Sabah serta melibatkan 10 orang informan Murut. Senarai 100 kata Swadesh diguna untuk menyemak perbezaan dan persamaan antara setiap ragam Murut. Kemudian, pendekatan struktural telah diguna untuk meneroka leksikal dan inventori fonem ragam Murut yang belum diketahui oleh ramai penutur bahasa di Malaysia. Kesemua leksikal juga disemak untuk tujuan perbandingan antara kesemua ragam berkenaan dengan bahasa Austronesia Purba (BAP). Penelitian awal ini merumuskan jumlah fonem yang berbeza antara setiap ragam Murut. Selain itu, dikesan juga ikatan kognat antara ragam Murut dengan BAP yang bersifat serumpun. Sehubungan itu, dapatan dini ini diharap berupaya menggambarkan struktur asas ragam-ragam bahasa Murut serta memperkenalkan bahasa Murut Sabah kepada khalayak besar penutur bahasa di Malaysia.

Item Type: Article
Keyword: Inventori Fonem; Kognat Bahasa; Murut; Perbandingan Fonem; Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History
N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK3600-(9990) Other arts and art industries
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 16 Jun 2025 09:33
Last Modified: 16 Jun 2025 09:33
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44154

Actions (login required)

View Item View Item