Ciri-ciri pengurus besar, strategi dan prestasi: Kajian di pertubuhan peladang kawasan Malaysia

Lahari Lasari (2010) Ciri-ciri pengurus besar, strategi dan prestasi: Kajian di pertubuhan peladang kawasan Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (9MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah yang menjadi faktor kritikal atau yang memberikan kesan pengaruh signifikan keatas prestasi PPK di malaysia; Melalui pengenalpastian ciri-ciri keperrbadian pengurus besar PPK yang dapat meramal strategi yang berkesan; Menentukan strategi yang dapat mempertingkatkan prestasi perniagaan PPK; Menentukan ciri­ciri pengurus besar yang dapat mempertingkatkan prestasi PPK dan juga menentukan peranan faktor-faktor dalaman serta luaran organisasi dalam memperkukuh hubungan diantara ciri-ciri pengurus besar, strategi dan prestasi PPK. Skop kajian meliputi 242 buah PPK diseluruh malaysia dan dalam penyelidikan ini hanya 41 peratus dari borang soalselidik yang dihantar kepada responden berjaya diperolehi semula. Analisis data yang digunakan dalam kajian termasuklah : Ujian kesahan (Validity) dan kebolehpercayaan (Reliability) ; Analisis statistik diskriptif, regresi linear berganda dan regresi berhirarki. Hasil kajin dari analisis yang dilakukan mendapati bahawa; pembolehubah ciri-ciri pengurus besar boleh menentukan strategi perniagaan yang berkesan dan juga menunjukkan kesan pengaruh yang signifikan terhadap prestasi PPK; manakala pembolehubah strategi yang dilaksanakan juga menunjukkan hubungan langsung yang signifikan dengan prestasi perniagaan PPK. Faktor luaran organisasi (persekitaran industri) dan faktor dalaman organisasi (budaya pengurusan) menjadi penyedarhana dan signifikan dalam hubungan di antara pembolehubah ciri-ciri pengurus besar dengan strategi yang dilaksanakan. Faktor dalaman organisasi (budaya pengurusan) juga didapati signifikan menjadi penyedarhana bagi hubungan diantara pembolehubah ciri-ciri pengurus besar dengan prestasi PPK. Penemuan kajian ini akan memberikan faedah dan input langsung kepada para pengurus besar PPK dalam usaha memantapkan lagi perkhidmatan kepada ahli dan perniagaan yang dijalankan. Temuan ini juga memberikan manfaat kepada LPP (Lembaga Pertubuhan Peladang) dalam penentuan kreteria kerjaya sebagai pengurus besar dan dalam meningkatkan dayasaing perniagaan PPK.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Prestasi Pertubuhan Peladang Kawasan, Ciri-ciri keperibadian pengurus besar, Strategi perniagaan berkesan, Pengurusan koperasi pertanian, Budaya organisasi
Subjects: S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S560-571.5 Farm economics. Farm management. Agricultural mathematics Including production standards, record keeping, farmwork rates, marketing
Department: SCHOOL > School of Business and Economics
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 18 Jul 2025 14:01
Last Modified: 18 Jul 2025 14:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44566

Actions (login required)

View Item View Item