Hubungan gaya kepimpinan pengetua terhadap tahap motivasi guru sekolah menengah dalam daerah Nabawan, Sabah

Clora Ansu (2013) Hubungan gaya kepimpinan pengetua terhadap tahap motivasi guru sekolah menengah dalam daerah Nabawan, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini telah dijalankan bagi tujuan melihat gaya kepimpinan pengetua terhadap motivasi guru sekolah menengah di daerah Nabawan. Dalam usaha menjelaskan dan mendapatkan kefahaman mengenai hubungan kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru, beberapa soalan akan dijawab berdasarkan maklumat atau respon daripada guru-guru dalam soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan hubungan gaya kepimpinan pengetua dengan tahap motivasi guru adalah berada dalam keadaan negatif (r=.404**, p<0.01). Dengan itu pihak pentadbir harus mengambil jalan yang terbaik untuk mempertingkatkan hubungan di antara gaya pengetua dengan tahap motivasi guru. Dalam ujian H01 dan H02 menunjukkan analisis ujian -t mendapati tidak wujud perbezaan terhadap tahap motivasi terhadap faktor jantina dan juga faktor perkhidmatan iaitu nilai signifikan item kajian yang lebih besar daripada nilai 0.05 (p > 0.05), yakni tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Maka dalam perkara ini, guru-guru yang bertugas di sekolah menengah Daerah Nabawan mempunyai motivasi yang tinggi untuk berkhidmat sebagai pendidik. Seterusnya analisis korelasi Pearson yang menguji H03 dan H04 pula menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara gaya kepimpinan pengetua berstrukturkan tugas dan berstrukturkan timbang rasa terhadap motivasi guru. Dalam perkara ini, dapatan penyelidik menunjukkan nilai negatif. Nilai signifikan dalam analisis korelasi Pearson adalah 0.001, iaitu lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan 0.01/2 = 0.00. Dengan itu, pihak pentadbir harus mengambil tindakan yang sewajarnya dalam perkara ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Gaya kepimpinan pengetua, Motivasi guru, Sekolah menengah, Daerah Nabawan, Sabah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 14 Aug 2025 11:20
Last Modified: 14 Aug 2025 11:20
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44947

Actions (login required)

View Item View Item