Mohd Sarizam Matsanit (2013) Hubungan antara kepimpinan instruksional guru besar dengan penyeliaan klinikal daripada perspektif guru matematik di sekolah rendah dalam daerah Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (14MB) |
Abstract
Kepimpinan instruksional merupakan elemen teras dalam kepimpinan pendidikan. Guru besar sebagai pemimpin dan pengurus instruksional di sekolah haruslah menjalankan salah satu elemen kepimpinan instruksional iaitu melakukan penyeliaan ke atas pengajaran guru dalam bilik darjah. Kajian berbentuk deskriptif ini dijalankan secara tinjauan menerusi soal selidik ke atas 58 buah sekolah rendah dalam daerah Kota Kinabalu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti amalan penyeliaan dan persepsi guru-guru matematik terhadap penyeliaan pengajaran dan melihat apakah tahap amalan penyeliaan klinikal. Sebanyak 58 buah set soal selidik telah diedarkan kepada guru-guru yang mengajar matematk. Kajian rintis juga telah dilakukan bagi menentukan kebolehpercayaan instrumen kajian dengan menggunakan kaedah Cronbach Alpha. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS version 16.0 for Windows). Ujian Korelasi Pearson Moment pada aras signifikan 0.05 dan ujian Regresi Linear telah digunakan untuk menguji hipotesis selain penggunaan peratus, kekerapan dan min dalam menganalisis data deskriptif. Kajian mendapati persepsi guru-guru terhadap penyeliaan adalah positif dan amalan penyeliaan klinikal didapati berada pada tahap tinggi serta mempunyai hubungan dan mempengaruhi amalan kepimpinan instruksional di sekolah-sekolah kajian.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Kepimpinan instruksional, Guru besar, Penyeliaan pengajaran, Amalan penyeliaan klinikal, Persepsi guru matematik |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Aug 2025 10:48 |
Last Modified: | 15 Aug 2025 10:48 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44963 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |