Noriati Mahatin (2013) Iklim organisasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
![]() |
Text
24 PAGES.pdf Download (993kB) |
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Kajian ini cuba mengenal pasti hubungan dan kesan iklim organisasi ke atas kepuasan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di Zon Pegalan Keningau. Empat dimensi iklim organisasi dikenal pasti sebagai pemboleh ubah tidak bersandar iaitu budaya organisasi, struktur organisasi, ciri-ciri individu dan ekologi, Kajian cuba mengenalpasti hubungan dan kesan kempat-empat dimensi ini ke atas pemboleh ubah bersandar iaitu kepuasan kerja. Kajian ini menggunakan borang soal selidik.Dari ujian korelasi dan regresi, tujuh hipotesis nul yang dibentuk berjaya di tolak. Keseluruhannya, dapatan kajian mendapati iklim organisasi mempunyai hubungan positif dengan kepuasan kerja (r=. 766,p<0.01). Kesan dimensi-dimensi tersebut kepada kepuasan kerja amat signifikan dengan ciri-ciri individu dilihat sebagai paling dominan kesannya ke atas kepuasan kerja. Kemudian diikuti oleh budaya organisasi, ekologi, dan akhir sekali struktur organisasi. Kajian turut memberikan beberapa cadangan kajian lanjutan terutamanya dimensi-dimensi yang perlu diberi penekanan bagi meningkatkan lagi keberkesanan iklim organisasi dan hubungannya dengan kepuasan kerja.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Iklim organisasi, Kepuasan kerja, Guru sekolah rendah, Budaya organisasi, Struktur organisasi |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB2831.6-2831.99 Administrative personnel |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Aug 2025 10:54 |
Last Modified: | 15 Aug 2025 10:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/44973 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |