Joloning Joe Majambu and Romzi Ationg and Saifulazry Mokhtar and Mohd Azri Ibrahim (2025) Naratif politik pembangunan di Sabah, Malaysia: Antara harapan dan realiti. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 10. pp. 500-519. ISSN 0128-1763
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (466kB) |
Abstract
Sabah merupakan salah satu wilayah yang membentuk Persekutuan Malaysia. Wilayah ini terletak di bahagian utara pulau Borneo dengan keluasan kawasan sekitar 72,500 kilometer persegi, dan bersempadan dengan Sarawak, serta terpisah dari semenanjung Malaysia (dahulunya dipanggil Tanah Melayu). Sejak mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, kegiatan politik di wilayah ini telah dicorakkan oleh pelbagai naratif politik. Antara naratif politik yang berterusan digunakan oleh para aktor politik ialah politik pembangunan. Penggunaan naratif politik pembangunan terbukti berjaya mendapat sambutan rakyat Sabah apabila parti politik yang menggunakan naratif ini berjaya menguasai arena politik wilayah Sabah. Persoalannya ialah apakah sebenarnya harapan rakyat dan realiti pelaksanan naratif tersebut di wilayah ini. Sehubungan itu, kajian yang menggunakan kaedah campuran (mixed-method) ini dijalankan bagi tujuan mendedahkan apakah sebenarnya harapan rakyat terhadap naratif politik yang acap kali digunakan oleh aktor-aktor politik bagi menarik sokongan pengundi di Sabah, Malaysia serta realiti pelaksanaan naratif tersebut sejak tahun 1963. Secara keseluruhannya kajian ini mendapati bahawa rakyat di Sabah sejak sekian lama telah meletakkan harapan tinggi supaya naratif politik pembangunan mampu meningkatkan status wilayah ini daripada wilayah mundur kepada wilayah yang maju dalam kerangka persekutuan Malaysia. Namun hakikatnya didapati bahawa naratif politik pembangunan masih tidak berjaya merealisasikan harapan mereka. Pelbagai faktor didapati telah menyumbang kepada kegagalan merealisasikan harapan tersebut. Sehubungan itu, beberapa cadangan dikemukakan untuk memastikan faktor penghalang kepada usaha merealisasikan harapan tersebut dapat ditangani.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Malaysia, Naratif Politik Pembangunan, Politics of Development Narrative, Sabah |
Subjects: | H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN1-995 Social history and conditions. Social problems. Social reform > HN50-995 By region or country J Political Science > JQ Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-6651 Political institutions and public administration (Asia, Africa, Australia, Pacific Area, etc.) > JQ21-1852 Asia > JQ1499-1749 East Asia Including China, Japan, Korea |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 22 Aug 2025 10:00 |
Last Modified: | 22 Aug 2025 10:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45037 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |