Habibah Artini Ramlie and Norshahrul Marzuki Mohd Nor and Suraya Sintang and Salmah S. Hassan and Dg. Hafizah Ag. Basir (2025) Tinjauan penerimaan mahasiswa pengajian Islam di Sabah terhadap hubungan sosial rentas agama. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 10. pp. 747-756. ISSN 0128-1763
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (377kB) | Request a copy |
Abstract
Tujuan tinjauan ini adalah untuk menilai keberkesanan instrumen penyelidikan dalam meninjau penerimaan mahasiswa pengajian Islam di Sabah terhadap hubungan sosial rentas agama. Kajian adalah secara kuantitatif menggunakan soal selidik digital dan data diperolehi daripada 70 orang mahasiswa pengajian Islam di sebuah institusi pengajian tinggi di Sabah. Dapatan data demografi responden dan penerimaan dianalisis menggunakan ujian deskriptif dan kekerapan menerusi perisian Pakej Statistik Sains Sosial (SPSS) IBM versi 29. Secara keseluruhan, kajian menunjukkan majoriti mahasiswa pengajian Islam menerima hubungan sosial rentas agama tetapi majoriti tidak menerima kepercayaan bahawa setiap agama adalah benar. Walaupun begitu, kebanyakan pelajar tetap bersetuju bahawa aoal beragama adalah hak kebebasan setiap individu dan setiap individu mesti mengetahui prinsip asasi agama lain sebagai pra syarat dalam hubungan sosial rentas agama. Situasi ini menjadikan para mahasiswa pengajian Islam lebih terbuka untuk bersahabat dengan rakan-rakan berlainan agama, menghormati kepercayaan mereka, berusaha mempelajari sesuatu yang baru dari rakan-rakan berlainan agama dan tidak merasa kekok untuk bergaul serta meminta pertolongan dari rakan-rakan berlainan agama apabila memerlukan bantuan. Mahasiswa pengajian Islam juga selesa membincangkan hal-hal akademik dan peribadi bersama rakan-rakan berlainan agama di samping bersedia untuk melakukan aktiviti harian bersama serta bekerjasama dalam sebarang program universiti. Hal ini bertepatan dengan syariat Islam yang menekankan bahawa setiap Muslim perlu menjaga hubungan baik dengan semua individu menurut batas-batas tertentu yang telah ditetapkan dalam syariat kerana ia selari dengan aspek keimanan serta adab-adab yang mulia. Nilai Cronbach Alpha sebanyak 0.680 juga menunjukkan dapatan kajian rintis ini adalah bertepatan dan sangat sesuai untuk diaplikasikan dalam kajian sebenar melibatkan sampel yang lebih menyeluruh.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Mahasiswa, Undergraduates, Pengajian Islam, Islamic Studies, Hubungan Sosial Rentas Agama, Interreligious Social Relations, Sabah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP173.25-173.45 Islamic sociology B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam > BP1-68 General > BP50-68 History |
Department: | FACULTY > Faculty of Islamic Studies |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 26 Aug 2025 15:56 |
Last Modified: | 26 Aug 2025 15:56 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45066 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |