Mausal @ Musa Aliasah (2006) Perlanggaran disiplin di kalangan pelajar Tingkatan 4 luar bandar di dua buah sekolah dalam Daerah Pitas. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
ABSTRACT.pdf Download (222kB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan ataupun tidak masalah perlanggaran peraturan disiplin di kalangan pelajar tingkatan empat luar bandar di dua buah sekolah dalam daerah Pitas. Dua buah sekolah yang dipilh merupakan sampel daripada enam buah sekolah menengah yang terdapat dalam daerah Pitas. Dalam kajian ini terdapat enam persoa/an kajian yang hendak dijawab dan enam hipotesis nu! untuk diuji. Min (skor} akan dihubungkan dengan pembolehubah bersandar untuk melihat nilai min bagi menentukan tahap signifikan kekerapan perlanggaran peraturan disiplin. Pengkaji menggunakan kaedah statistik seperti ujian-t untuk melihat perbezaan dari segi jantina dan menggunakan ANOVA untuk melihat perbezaan dari segi bilangan adik beradik, anak ke berapa dalam keluarga, tempat tinggal, jarak tempat tinggal dari sekolah ketika bersekolah dan pendapatan ibu bapa/penjaga. Dapatan kajian mendapati semua hipotesis nu! ditolak. lni bermakna terdapat perbezaan yang signifikan kekerapan perlanggaran peraturan disip/in dari segi jantina, bilangan adik beradik, kedudukan anak da/am keluarga, tempat tinggal ketika bersekolah, jarak tempat tinggal ketika bersekolah, dan pendapatan ibu bapa/penjaga. Akhir sekali pengkaji membuat rumusan iaitu perbandingan antara dapatan kajian dengan teori yang digunakan dan membuat cadangan dengan tujuan untuk meningkatkan tahap kawalan disiplin para pelajar serta cadangan penye/idikan yang serupa pada masa akan datang.
| Item Type: | Thesis (Masters) |
|---|---|
| Keyword: | Student discipline, School discipline problems, Rural secondary schools, Disciplinary infractions, Gender differences in discipline |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 10 Oct 2025 16:44 |
| Last Modified: | 10 Oct 2025 16:44 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45372 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

