Saifulazry Mokhtar and Kasoma Thia and Ailina Jampadin and Mohd Azri Ibrahim and Jamal Adli Ahmad Shukri (2025) Rekayasa dakwah terhadap masyarakat suku kaum Murut di Sabah: Satu analisis. International Journal of Law, Government And Communication (IJLGC), 10. pp. 210-227.
![]() |
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (509kB) | Request a copy |
Abstract
Rekayasa dakwah merupakan satu pendekatan strategik dalam pelaksanaan dakwah yang perlu disesuaikan dengan latar belakang dan keperluan golongan sasaran. Ketidaktepatan dalam memilih kaedah dakwah berpotensi membawa kepada kegagalan penyampaian mesej Islam. Pada masa kini, walaupun pelbagai aktiviti dakwah telah dilaksanakan, usaha-usaha tersebut masih belum berjaya membuka pintu hati segelintir masyarakat, sekali gus menunjukkan persiapan pendakwah yang belum sepenuhnya holistik. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti bentuk rekayasa dakwah yang sesuai bagi masyarakat suku kaum Murut di Sabah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temu bual, pemerhatian penyertaan, dan analisis kandungan berdasarkan kajian terdahulu, yang kemudian dianalisis secara tematik. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah yang efektif bagi masyarakat Murut merangkumi pembinaan hubungan sosial, pemahaman psikologi komuniti, komunikasi berkesan, pendekatan tidak konfrontatif terhadap isu agama, serta penyediaan infrastruktur asas. Kajian ini turut mengenal pasti tujuh cabaran utama dalam pelaksanaan dakwah kepada kaum Murut, iaitu pengaruh maklumat dalam talian, pengurusan dakwah yang lemah, latar belakang pendakwah, kekangan kewangan, pengaruh budaya Barat, sikap masyarakat setempat, dan tahap komitmen pendakwah. Berdasarkan dapatan ini, rekayasa dakwah yang bersesuaian telah menunjukkan hasil positif dalam meningkatkan minat masyarakat Murut terhadap Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Dakwah, Murut, Rekayasa dakwah, Sabah |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 21 Oct 2025 12:11 |
Last Modified: | 21 Oct 2025 12:11 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45479 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |