Analisis elemen naratif dalam filem animasi seefood

Imelda Ann Achin and Zairul Anuar Md Dawam and Addley Bromeo Bianus (2018) Analisis elemen naratif dalam filem animasi seefood. International journal of law, government and communication (IJLGC), 2. pp. 87-100.

[img] Text
FULLTEXT.pdf

Download (839kB)

Abstract

Industri animasi di Malaysia telah mencatatkan jumlah penghasilan filem cereka animasi yang semakin meningkat. Bermula dengan filem pendek Hikayat Sang Kancil (1983) sehinggalah Boboiboy The Movie (2016), Malaysia telah berjaya menghasilkan sebanyak 14 buah filem animasi yang dibantu dengan penggunaan teknologi masa kini. Namun, ledakan teknologi tidak menjamin penghasilan produk filem yang berkualiti. Sebaliknya, bergantung kepada penceritaan yang mampu menarik perhatian audiens. Penghasilan penceritaan memerlukan elemen naratif dalam menggarap sesebuah cerita iaitu premis dan tema, plot, watak, latar masa dan tempat, sudut pandang (POV) serta simbol (Trischitta, 2000: 37). Malah, kajian ini turut menggunakan filem animasi yang menggunakan watak antropomorfik sebagai watak utama dalam mendukung penceritaan. Watak antropomorfik antara faktor yang dapat membangun sesuatu struktur penceritaan. Ia mampu mewarnai penceritaan seterusnya menggambarkan sesuatu perlambangan isu-isu semasa hanya di dalam satu watak (Wells, 1998: 108). Justeru, kajian ini menganalisis penggunaan watak antropomorfik dalam mengukuhkan elemen naratif dalam filem animasi Seefood (2012). Kajian ini mendapati watak utama berupaya menggerakkan penceritaan apabila diberikan konflik serta sub-konflik yang memastikan berlakunya perkembangan penceritaan. Setiap elemen naratif mempunyai hubung kait dan memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah naratif yang mampu menarik perhatian audiens. Diharap dengan terlaksananya kajian ini, mampu memberi pemahaman terhadap kepentingan elemen naratif dalam pembentukan sebuah penceritaan yang baik sekaligus memastikan bidang animasi Malaysia dapat menghasilkan produk berkualiti yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Item Type: Article
Keyword: Filem Animasi, Watak, Elemen Naratif, Pembentukan Naratif, Malaysia
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1993-1999 Motion pictures
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 23 Oct 2025 15:06
Last Modified: 23 Oct 2025 15:06
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45503

Actions (login required)

View Item View Item