Ong, Poh Suan (2008) Amalan reflektif guru, pengurusan sekolah dan kompetensi bahasa guru dalam pengajaran menggunakan bahasa Inggeris di sekolah menengah teknik. UNSPECIFIED thesis, Universiti Malaysia Sabah.
|
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (7MB) |
Abstract
Semua sekolah menengah teknik di seluruh negara telah melaksanakan program PPSMTI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains, Matematik dan Teknikal dalam Bahasa Inggeris) mulai tahun 2006. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap amalan reflektif mereka dan amalan pihak pengurusan sekolah dan hubungannya dengan kompetensi berbahasa Inggeris guru ke arah pelaksanaan dasar, matlamat, dan mekanisme program PPSMTI. Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru PPSMTI (n = 131) di enam buah sekolah menengah teknik di Sabah dan W.P. Labuan. Indeks kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha untuk amalan reflektif guru, kompetensi berbahasa Inggeris guru dan amalan pihak pengurusan sekolah adalah memuaskan pada .884, .913 dan .967 masing-masing. Kajian ini menggunakan statistik deskriptif (peratus, min dan sisihan piawai) serta statistik inferensi (ANOVA sehala, Korelasi Pearson ‘r’ dan regresi linear). Data kajian diproses menggunakan SPSS versi 15.0. Dapatan utama kajian menunjukkan wujud perbezaan min yang signifikan antara kumpulan yang telah menghadiri ETTeCS dengan yang tidak pernah menghadiri mana-mana kursus (F=6.065, p < .05). Terdapat juga hubungan positif yang signifikan di antara amalan reflektif guru dengan kompetensi berbahasa Inggeris (r=.507, p < .05). Amalan reflektif guru mempengaruhi kompetensi guru PPSMTI [F(1,129) = 44.641, R² = .257, p<.05]. Secara keseluruhannya, amalan reflektif guru mempengaruhi kompetensi berbahasa Inggeris guru PPSMTI tetapi masih tidak ada hubungan yang signifikan antara amalan pihak pengurusan sekolah dengan kompetensi berbahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru PPSMTI yang dikaji.
| Item Type: | Thesis (UNSPECIFIED) |
|---|---|
| Keyword: | Teacher reflection, Reflective teaching practice, English language proficiency, PPSMTI, Science and Mathematics in English, Technical secondary education, Teacher competence, Educational managemen |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB1603-1696.6 Secondary education. High schools |
| Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
| Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
| Date Deposited: | 11 Nov 2025 10:40 |
| Last Modified: | 11 Nov 2025 10:40 |
| URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/45666 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

