Suzilawati Sulaiman (2007) Kesan kadar baja NPK hijau ke atas jagung manis yellow supersweet (Zea mays sacharata). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000726.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian mengenai kesan perbezaan baja NPK Hijau (15:15:15) yang berbeza terhadap hasil jagung manis varieti Yellow Supersweet telah dilakukan di Makmal Ladang VMS, Kota Kinabalu. Dalam kajian mi, rawatan dengan kadar 0kg NPK Hijau/ha dijadikan sebagai kawalan. Kadar lain yang digunakan ialah 80kg NPK Hijau/ha, 160kg NPK Hijau/ha, 240kg NPK Hijau/ha dan 320kg NPK Hijau/ha. Parameter yang telah dikaji dalam kajian ini ialah bilangan tongkol segar/plot, berat tongkol (dengan dan tanpa kuIit), panjang dan ukur lilit tongkol (em), bilangan biji jagung/tongkol, peratus penyeleraian, dan berat kering bahagian vegetatif dalam unit g/pokok. Rekabentuk Rawak Lengkap (eRD) dengan ANOVA Satu-Hala dan DMRT telah digunakan untuk menganalisis data. Hasil dari kajian ini telah menunjukkan bahawa hasil jagung manis varieti Yellow Supersweet telah meningkat dengan signifikan pada pemberian kadar 320kg NPK Hijau/ha.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Sweetcorn, Corn, Yellow Supersweet, Zea mays sacharata |
Subjects: | S Agriculture > S Agriculture (General) > S1-(972) Agriculture (General) > S631-667 Fertilizers and improvement of the soil |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 26 Sep 2012 17:20 |
Last Modified: | 23 Oct 2017 16:09 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4771 |
Actions (login required)
View Item |