Kajian aktiviti antibakteria dan antikulat ekstrak daun dan biji Calophyllum inophylhum

Mahindran Rajendran (2007) Kajian aktiviti antibakteria dan antikulat ekstrak daun dan biji Calophyllum inophylhum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000729.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Ekstrak kasar daripada daun tumbuhan Calophyllum inophyllum yang diekstrakkan dengan menggunakan pelarut alkohol seperti metanol, heksana dan kloroform serta ekstrak minyak pati daripada biji tumbuhan Calophyllum inophyllum telah dikaji untuk mengesan aktiviti antimikrob terhadap bakteria (Bacillus subtilis dan Staphylococcus aureus) serta kulat (Candida albicans). Kaedah yang digunakan dalam ujikaji antimikrob ini termasuklah ujian perencatan bakteria dan kulat (Disc Diffusion), ujikaji kepekatan perencatan minimum (KPM) dan ujian perencatan percambahan konidia. Kedua-dua bakteria dan kulat telah menunjukkan perencatan yang bergantung terhadap kepekatan ekstrak daun dan biji. Tahap kesan pengaruh ke atas bakteria dan kulat didapati berbagai dan ekstrak minyak pati daripada biji telah menunjukkan zon perencatan yang lebih besar iaitu di antara 18-6.20mm berbanding dengan ekstrak metanol akueus, heksana dan kloroform daripada daun (masing-masing yang berdiameter di antara 13-6mm, 10-6.2mm dan 7-6mm). Nilai kepekatan perencatan minimum (KPM) ekstrak (metanol akueus, heksana dan kloroform daripada daun tumbuhan Calophyllum inophyllum adalah masing-masing 3.91 hingga 62.5mg/ml, 7.81 hingga 62.5mg/ml dan < 7.81mg/ml. Ekstrak minyak pati daripada biji tumbuhan Calophyllum inophyllum juga telah menunjukkan nilai kepekatan perencatan minimum (KPM) iaitu 1.95 hingga 62.5mg/ml. Secara amnya, didapati bahawa ekstrak minyak pati daripada biji tumbuhan Calophyllum inophyllum adalah lebih efektif merencat pertumbuhan bakteria (Bacillus subtilis dan Staphylococcus aureus) serta kulat (Candida albicans). Sementara itu, ekstrak metanol akueus daripada daun tumbuhan Calophyllum inophyllum pada kepekatan (500mg/ml) juga turut mempengaruhi perencatan pertumbuhan bakteria dan kulat serta diikuti pula dengan ekstrak heksana dan ekstrak kloroform. Justeru itu, dengan berdasarkan hasil penemuan ini, dapat disimpulkan bahawa ekstrak daun dan biji tumbuhan Calophyllum inophyllum ini telah membuktikan kewujudan aktiviti antimikrob terhadap bakteria dan kulat pada kepekatan yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Calophyllum inophyllum, Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus, Candida albicans, Higher concentration
Subjects: Q Science > QR Microbiology > QR1-502 Microbiology > QR75-99.5 Bacteria
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 26 Sep 2012 17:30
Last Modified: 23 Oct 2017 16:12
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/4774

Actions (login required)

View Item View Item