Geologi am dan geometri kekar formasi Crocker, sepanjang jalan raya UMS ke jambatan Mengkabong, Kota Kinabalu, Sabah

Juniza Jamaludin (2006) Geologi am dan geometri kekar formasi Crocker, sepanjang jalan raya UMS ke jambatan Mengkabong, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000362.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian adalah di sepanjang 15 km Jalan Raya UMS hingga ke Jambatan Mengkabong iaitu terletak di garis lintang U 06° 02 ' hingga U 06 °09' dan garis bujur T 116° 01' hingga T 116° 12'. Kawasan kajian adalah terdiri daripada Formasi Crocker dan Endapan Kuatener. Formasi Crocker mempunyai 3 unit batuan iaitu unit batu pasir tebal, unit selang lapis batu pasir nipis dengan syal dan unit syal. Kawasan kajian telah dikenalpasti mengalami daya tegasan major dari barat laut-tenggara dan tegasan minor dari timur laut-barat daya. Arab tegasan ini telah menyebabkan pembentukan lipatan, sesar dan kekar. Struktur lipatan dan sesar telah mengawal pembentukan lineaman kawasan kajian. Setiap kali berlakunya perlipatan dan penyesaran pada batuan atau lapisan, kekar merupakan struktur yang paling mudah terbentuk bersama. Sifat ini menjadikan kekar boleh wujud dalam pelbagai orientasi dan mendominasi struktur geologi tempatan dan rantau. Kajian terhadap hubungan kekar dengan daya tegasan. Lapisan lipatan dan sesar boleh dijadikan sebagai asas terhadap penentuan jenis kekar dan tabiinya dan seterusnya mengenal pasti tektonik kawasan kajian berdasarkan kepelbagaian orientasi kekar. Berdasarkan analisis kekar ricih merupakan kekar yang mendominasi kawasan kajian. Untuk lebih memahami jenis kekar tempatan, model hubungan kekar dengan struktur lain perIu diperbanyakkan dan diringkaskan agar pentafsiran dilapangan mudah dilakukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: General geology, Crocker formation, Quaternary deposit, Geology structure, UMS highway, Mengkabong, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE1-350.62 General Including geographical divisions
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 07 Dec 2011 12:16
Last Modified: 12 Oct 2017 11:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/508

Actions (login required)

View Item View Item