Kajian tentang keperluan latihan dalam aspek penanaman nanas di Kampung Babagon, daerah Penampang, Sabah

Kelly Magdalena Josuie Laison (2010) Kajian tentang keperluan latihan dalam aspek penanaman nanas di Kampung Babagon, daerah Penampang, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000798.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Satu kajian tentang mengenalpasti tahap keperluan latihan telah berjaya dijalankan di Kampung Babagon, Penampang. Objektif utama dalam kajian ini iaitu untuk mengenalpasti tahap keperluan-keperluan latihan para penanam nanas. Kaedah yang digunakan bagi proses pengumpulan maklumat adalah melalui set borang kaji selidik. Hasil daripada analisa data diterangkan dalam bentuk graf dan jadual. Kajian mendapati bahawa tahap keperluan-keperluan latihan dalam aspek penanaman nanas oleh penanam nanas adalah berbeza. Didapati tahap keperluan latihan oleh penanam nanas yang paling tinggi adalah dalam aspek 'pengaruhan bunga' diikuti dengan 'kawalan penyakit', 'penanaman tanaman sampingan', 'pengawalan rumpai', 'pembajaan', 'penuaian' dan 'pengendalian hasil'. Selain itu, kajian mendapati tahap keperluan latihan adalah berbeza mengikut latarbelakang penanam nanas. Memandangkan jumlah bilangan penanam nanas di Kampung Babagon adalah kecil, pembahagian kepada kumpulan kecil adalah tidak perlu sekiranya satu program latihan akan dilaksanakan. Namun begitu, tajuk-tajuk mengikut tahap keperluan latihan perlu diutamakan dalam perancangan program latihan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: Pineapple, Plant care, Pineapple cultivation, Kampung Babagon, Panampang, Sabah
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > SB1-1110 Plant culture > SB354-402 Fruit and fruit culture
Department: SCHOOL > School of Sustainable Agriculture
Depositing User: ADMIN ADMIN
Date Deposited: 12 Nov 2012 07:47
Last Modified: 13 Oct 2017 12:07
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5096

Actions (login required)

View Item View Item