Cheng, Heng Liang (2006) Penghasilan minuman teh campuran kayu manis 4 dalam 1. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000807.pdf Download (3MB) | Preview |
Abstract
Projek penyelidikan ini bertujuan menghasilkan satu formulasi penghasilan teh campuran kayu man is segera yang terbaik. Menjalankan analisis proksimat bagi formulasi terbaik teh kayu manis segera. Mengkaji tahap penerimaan pengguna terhadap teh campuran kayu manis segera. Kajian penyimpanan bagi formulasi terbaik teh campuran kayu man is segera ini juga telah dijalankan. Serbuk teh hitam segera dipilih dalam kajian ini. Sebanyak 12 formulasi telah dicadangkan pada awal kajian di mana 30 panel digunakan pada peringkat kajian awal di mana empat formulasi yang terbaik dipilih melalui ujian pemeringkatan. Pada peringkat kedua ujian sensori, hanya satu formulasi yang terbaik dipilih dikalangan empat formulasi terbaik yang terpilih. Sejumlah 50 panel digunakan untuk membandingkan keempat-empat formulasi berasaskan atribut warna, aroma, kemanisan, rasa herba, after taste dan penerimaan keseluruhan. Terdapat perbezaan signifikan pada aras keertian 0.05 pada semua atribut yang dikaji kecuali atribut after taste di mana tiada perbezaan signifikan antara sam pel F2 dan F5. Ujian penentuan mutu teh campuran kayu man is segera dijalankan dengan menggunakan ujlan penentuan kandungan abu, lemak, lembapan, serabut kasar, protein, karbohidrat, pH, pepejal terlarut serta ujian mikrobiologi. Kajian tempoh simpanan serbuk teh campuran kayu manis segera dilakukan di dalam plastik OPP/AIIPP menggunakan kaedah isoterma serapan. Formulasi kedua terpilih sebagai formulasi yang terbaik tetapi tahap penerimaan pengguna terhadap produk ini adalah kurang memuaskan. Selain itu, formulasi kedua juga dipilih sebagai formulasi yang paling disukai dari segi penerimaan keseluruhan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Instant tea, Cinnamon, TEa powder, Local herbs, Local tea |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 12 Nov 2012 17:18 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 13:52 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5352 |
Actions (login required)
View Item |