Mohd Rizuan Mohd Rais (2005) Penghasilan kordial tembikai. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000808.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan kordial tembikai serta mengkaji tahap penerimaan, fizikokimia dan mutu penyimpanannya. Sebanyak 12 formulasi kordial tembikai dihasilkan dengan pengubahsuaian parameter jus tembikai, gula dan air. Empat formulasi terbaik telah dipilih berdasarkan kepada ujian pemeringkatan di mana pada akhirnya hanya 1 formulasi terbaik diambil berdasarkan ujian hedonik. Ujian hedonik dengan 7 senggatan dilakukan untuk penilaian sensori dalam atribut kemasaman, kemanisan, keseimbangan rasa, warna, aroma, rasa tembikai, after taste, dan penerimaaan keseluruhan dengan menggunakan 30 ahli panel Formulasi F2 mempunyai nilai skor min yang tertinggi diikuti dengan Formulasi F3, F7 dan F8. Formulasi F2 menggunakan 35% jus tembikai, 40% gula, 24.12% air, 0.65% gam xanthan, 0.08% sodium benzoat dan 0.15% asid sitrik. Ujian fizikokimia dilakukan dengan penentuan jumlah pepejal terlarut, pH dan peratus keasidan. Didapati Formulasi F2 mempunyai pH dalam julat 3.56-3.92, jumlah pepejal terlarut dalam julat 48-51°Brix, peratus keasidan dalam julat 0.67-0.75. Ujian pengguna dilakukan dan keputusannya didapati 67% responden menyukai kordial tembikai dan 55% pengguna berminat untuk membeli produk kordial tembikai jika ia dipasarkan. Ujian mikrobiologi dilakukan dengan menjalankan ujian PCA dan PDA, didapati kordial tembikai selamat diminum ketika tempoh penyimpanan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Watermelon cordial, Physiochemical, Storage quality |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > TP500-660 Fermentation industries. Beverages. Alcohol |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 12 Nov 2012 17:20 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 13:54 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5353 |
Actions (login required)
View Item |