Kajian pembiakan Pachliopta Aristolochiae dan Troides Amphrysus (Lepidoptera: Rhopalocera) sebagai produk pelancongan

Chantheve Syita (2008) Kajian pembiakan Pachliopta Aristolochiae dan Troides Amphrysus (Lepidoptera: Rhopalocera) sebagai produk pelancongan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000891.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian mi dijalankan ke atas pembiakan kuu-kupu Common Rose (Pachliopta aristolochiae) dan Malay Birdwing (Troides amphrysus) di dalam kurungan dan mengkaji potensi kupu-kupu spesies P. aristolochiae dan T. amphrysus sebagai produk pelancongan. Stok-stok kupu-kupu P. aristolochiae dan T. amphrysus didapati dari Taman Penternakan Kupu-kupu Poring (Kundasang, Sabah) dan Taman Penternakan Kupu-kupu Penang (Pulau Pinang). Bagi stok yang diperolehi dari Taman Penternakan Kupu-kupu Poring, min tempoh telur P. aristolochiae mengambil masa 3.00 ±0.00 hari (10 individu), min tempoh larva adalah 14.33 ±0.01 hari (sembilan individu) manakala min tempoh pupa adalah 12.86 ±0.01 hari (tujuh individu). Bagi stok yang diperolehi dari Taman Penternakan Kupu-kupu Penang pula min tempoh telur P. aristolochiae mengambil masa selama 4.13 ±0.02 hari (lapan individu). Stok T. amphrysus diperolehi dari Taman Penternakan Kupu-kupu Poring. Min tempoh telur mengambil selama 3 ±0.00 hari (tujuh individu), min tempoh larva adalah 25 ±0.00 hari (lima individu) manakala min tempoh pupa adalah 21 ±0.00 hari (satu individu). Terdapat pelbagai cabaran dari segi ancaman dan masalah yang dihadapi semasa kajian ini dijalankan. P. aristolochiae lebih berpotensi dalam pembiakan berbanding T. amphrysus kerana tempoh kitar hidupnya yang singkat dan tidak banyak masalah dalam mengendalikan pembiakannya. Antara masalah ialah mendapatkan stok dan juga persekitaran yang optimum untuk tumbesaran. Borang kaji soal selidik pula dijalankan ke atas 150 orang responden. Pendapat responden menunjukkan P. aristolochiae dan T. amphrysus berpotensi dijadikan sebagai produk pelancongan seperti taman kupu-kupu. Selain itu, kedua-dua spesies ini berpotensi sebagai produk cenderamata seperti rantai kunci, penanda buku dan hiasan dalam bingkai. Kebanyakan responden berpendapat kupu-kupu mendatangkan lebih kebaikan daripada keburukan.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: pachliopta aristolochiae and troides amphrysus (lepidoptera: rhopalocera), tourism
Subjects: S Agriculture > SF Animal culture
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM FAUZIAH MATSIN
Date Deposited: 14 May 2013 11:43
Last Modified: 13 Oct 2017 16:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5878

Actions (login required)

View Item View Item