Penghasilan kek tinggi serat dengan campuran hasil sampingan soya

Nurhayati Hassan (2011) Penghasilan kek tinggi serat dengan campuran hasil sampingan soya. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000996.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan kek tinggi serat dengan campuran hampas soya ke dalam adunan kek. Selain itu, kajian ini adalah sebagai perintis awal ke arah penyelidikan penghasilan produk makanan berasaskan hasil sampingan dan untuk menilai tahap penerimaan pengguna terhadap produk yang dihasilkan dengan campuran hasil sampingan daripada soya. Sebanyak 6 formulasi telah dinilai oleh 30 orang panel makmal yang terdiri daripada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menentukan formulasi terbaik. Formulasi terbaik pula dinilai oleh 100 orang pengguna yang melibatkan ujian penerimaan pengguna di kawasan Country Height Apartment di kawasan Penampang, Kota Kinabalu Sabah. Formulasi campuran 6% okara dalam adunan kek iaitu sampel F4 adalah formulasi terbaik hasil analisis data ujian sensori skala hedonik tujuh titik. Nilai skor min yang diperolehi adalah 5.40 ± 0.93 (tekstur), 5.47 ± 1.04 (aroma), 5.27 ± 0.87 (warna), 5.13 ± 1.25 (kekuatan rasa asing), 5.47 ± 1.04 (rasa kek) dan 5.57 ± 1.00 (penerimaan keseluruhan). Ujian penerimaan pengguna pula menunjukkan produk boleh diterima jika dipasarkan berdasarkan keputusan ujian penerimaan pengguna yang mencatatkan peratusan 94.29% bersetuju membeli produk jika ianya dipasarkan. Keputusan ujian proksimat pula bagi sam pel F4 ialah 9.34% (kandungan air), 1.83% (abu), 16% (Iemak), 20.5% (protein), 6.43% (serat), dan 45.9% (karbohidrat).

Item Type: Academic Exercise
Keyword: cake, soya, high-fiber
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 16 May 2013 09:40
Last Modified: 13 Oct 2017 15:58
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/5943

Actions (login required)

View Item View Item