Tabiat makanan di kalangan vegetarian etnik Cina di Kota Kinabalu dan Ipoh

Lee, Kar Wai (2011) Tabiat makanan di kalangan vegetarian etnik Cina di Kota Kinabalu dan Ipoh. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001042.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif dalam kajian ini adalah untuk mengenalpasti Jenis dan sebab vegetarianisme diamalkan, mengkaji tabiat makanan dan amalan gaya hidup, serta menentukan status pemakanan pengamal vegetarian etnik Cina di Kota Kinabalu dan Ipoh. Kajian ini telah melibatkan sejumlah 151 orang pengamal vegetarian (56 lelaki dan 95 perempuan yang berumur 19 tahun hingga 65 tahun). Responden telah ditemubual bersemuka untuk memperolehi data demografi, sosioekonomi dan maklum balas terhadap tabiat makanan dalam borang soal selidik. Status pemakanan responden telah ditentukan dengan ukuran antropometri dan pengambilan makanan dari FFQ dan ingatan diet 24 jam. Pengamal vegetarian di Kota Kinabalu dan Ipoh didapati tidak berbeza dari segi demografi, sosioekonomi, tabiat makanan dan status pemakanan. Kebanyakan responden (42.4%) merupakan vegetarian lakto-ovo dan faktor utama mengamalkan vegetarianisme untuk mengekalkan kesihatan badan (90.7%). Majoriti responden mempunyai Indeks Jisim Tubuh (64.2%), ukur Iilit pinggang (76.8%) dan ukur lilit pinggul (76.3%) yang normal. Dalam pengambilan makanan, responden mempunyai min pengambilan sajian harian yang patuh kepada saranan Piramid Makanan Malaysia 2010 kecuali kumpulan susu dan hasil tenusu (0.5 sajian) dan hasil ini didapati setara dengan hasil kajian MANS 2003. Walaupun lebih daripada 60% responden yang melapor pengambilan tenaga dengan baik tidak dapat mencapai saranan RNI dalam pengambilan tenaga, kalsium dan besi, namun mereka mempunyai min pengambilan tenaga dan nutrien harian (kecuali lemak) yang lebih tinggi daripada rakyat Malaysia berketurunan Cina yang bukan vegetarian dalam kajian MANS 2003. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa pengamal vegetarian juga boleh mengekalkan status pemakanan yang baik dengan tabiat makanan dan amalan gaya hidup yang sihat seperti yang disarankan dalam Garis Panduan Diet Malaysia 2010.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: dietary habit, Chinese vegetarian, Kota Kinabalu, Ipoh
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 27 May 2013 12:42
Last Modified: 13 Oct 2017 17:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6099

Actions (login required)

View Item View Item