Tinjauan mengenai pengambilan buah-buahan tempatan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah dari sudut kebolehdapatan, kepercayaan, pengetahuan dan amalan

Yap, Ling (2011) Tinjauan mengenai pengambilan buah-buahan tempatan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah dari sudut kebolehdapatan, kepercayaan, pengetahuan dan amalan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001052.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak mencukupi di seluruh dunia telah mencetuskan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan sesetengah jenis kanser. Adalah dibuktikan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat mencegah penyakit kronik yang semakin membimbangkan. Kajian ini dilakukan bagi menentukan impak demografi, kebolehdapatan, kepercayaan, pengetahuan dan amalan terhadap pengambilan buah-buahan tempatan di kalangan pelajar Universiti Malaysia Sabah. Borang soal selidik dengan 0= 0.831 telah digunakan dalam kajian ini. Kajian ini melibatkan 400 orang responden dengan 100 orang bagi setiap tahun pengajian. Sebanyak 73.0 % pelajar universiti mengambil buahbuahan tempatan di asrama dengan 49.8 % adalah pelajar perempuan dan 23.3 % adalah pelajar lelaki. Namun, kekerapan dan jumlah hidangan yang diambil adalah jauh lebih rendah daripada yang dicadangkan dalam Piramid Makanan Malaysia. Adalah didapati bahawa pisang adalah antara buah-buahan tempatan yang paling kerap dimakan (5.70±2.54) dan paling disukai (5.44±2.47) oleh pelajar universiti. Melalui kajian ini, didapati bahawa jantina mempunyai perbezaan yang signifikan dalam pengambilan buah-buahan tempatan (p< 0.05). Perbezaan yang signifikan wujud dalam jantina bagi tahap pengetahuan (p< 0.05). Tahap pengetahuan bagi pelajar perempuan didapati lebih tinggi berbanding dengan lelaki dalam kajian ini. Harga dan tahap kesukaran mendapatkan buah-buahan tempatan turut didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pengambilannya (p< 0.05). Hubungan turut wujud dalam kepercayaan dengan pengambilan buah-buahan tempatan (p< 0.05). Semakin kuat kepercayaan terhadap kebaikan buah-buahan, semakin tinggi pengambilannya. Melalui kajian ini juga, didapati bahawa pengetahuan mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepercayaan (p< 0.05). Secara kesimpulannya, pengetahuan dan kepercayaan terhadap kebaikan dan kepentingan buah-buahan mempunyai hubungan dengan pengambilannya. Tabiat yang diamalkan sejak kecil mendorong pengambilan buah-buahan walaupun berada di luar rumah. Tahap pengetahuan di kalangan pelajar universiti adalah memuaskan. Namun, pengetahuan dalam kepentingan buah-buahan masih perlu ditingkatkan lagi bagi meningkatkan pengambilan buah di kalangan pelajar universiti.

Item Type: Academic Exercise
Keyword: local fruit, student UMS, demography, knowledge, belief, nutrition
Subjects: T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX341-641 Nutrition. Foods and food supply
Department: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 29 May 2013 09:24
Last Modified: 13 Oct 2017 17:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6120

Actions (login required)

View Item View Item