Addiana Jowinis Lawadi (2008) Penggunaan model river treasure hunt dalam pengajaran dan pembelajaran topik saliran geografi tingkatan satu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000001057.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Dalam penyelidikan ini, penggunaan model River Treasure Hunt dalam pengajaran dan pembelajaran topik saliran dalam Geografi Tingkatan Satu dikaji. Model ini merupakan satu model yang lebih berpusatkan pelajar dan dihasilkan dengan pengabungan kaedah permainan dan model sebenar. Kajian ini mengkaji sama produk kajian dapat menarik minat pelajar terhadap penggunaan model kajian dalam pengajaran dan pembelajaran topik saliran serta meningkatkan prestasi pelajar dalam pembelajaran topik itu. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi-eksperimen manakala instrumen yang digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca serta borang soal selidik. Responden kajian merupakan 30 pelajar Tingkatan satu daripada satu sekolah terpilih. Penyelidik menggunakan ujian-t dan statistik deskriptif bagi menguji dapatan kajian. Dengan model ini, pelajar dapat belajar tanpa tekanan dan boleh mengingati dan memahami fakta dengan lebih mudah dalam topik saliran. Ini terbukti apabila nilai min untuk minat terhadap model terletak pada aras tinggi dan juga penggunaan model juga dapat meningkatkan prestasi pelajar iaitu perbezaan keputusan ujian pasca kedua-dua kumpulan.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | river treasure hunt model, teaching and learning, geography |
Subjects: | ?? LB1603 ?? |
Department: | SCHOOL > School of Education and Social Development |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 29 May 2013 12:39 |
Last Modified: | 13 Oct 2017 17:30 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/6131 |
Actions (login required)
View Item |